Dua tiga hari ini saya ada banyak menerima emel daripada rakan-rakan tentang
penyakit yang dialami oleh tanaman yang ditanam di sekeliling rumah.
Sukar untuk dinyatakan apa puncanya kalau tiada maklumat yang secukupnya.
Keadaan tersebut mungkin disebabkan oleh faktor nutrien/pembajaan atau serangan
penyakit (mikroorganisma).
Kita anggapkan masalah tersebut disebabkan oleh kekurangan nutrien.
Kalau daun menjadi kuning, ia mungkin disebabkan oleh tanaman gagal menyerap
unsur yang diperlukan untuk membina klorofil, iaitu bahan yang lazimnya
berwarna hijau yang ada kaitan dengan proses membuat makanan menggunakan cahaya
matahari, air dan udara (karbon dioksida).
Kalau daun bertukar menjadi kuning dan kemudian mati. Kadang-kadang
terdapat sedikit warna merah. Pertumbuhan pula perlahan dan daun
bergulung. Ini tanda kekurangan Nitrogen. Boleh selesaikan dengan baja organik
terutamanya baja kandang.
Kalau daun berwarna hijau tua di sebelah atas, di sebelah bawah bertukar
ungu. Daun kemudiannya menjadi kuning dan mati. Batang pokok pula
halus danpertumbuhan terbantut. Bunga dan putik buah tidak lekat, ini
tanda kekurangan Fosforus.
Hujung daun menjadi kering, bertukar warna perang dan mati. Ini tanda
terlebih Klorin.
Urat daun menjadi kuning, daun kemudiannya luruh. Terdapat kesan warna
merah. Sisi daun tua mati mati tetapi pucuk daun tidak mati. Ini
tanda kekurangan Magnesium.
Daun bertukar warna (kuning) terutamanya di bahagian sisi menjadi
perang. Kawasan urat berwarna kuning. Pertumbuhan pokok dan akar
terbantut. Tanda kekurangan Kalium.
Urat daun tua mula luntur warnanya. Daun menjadi pucat dan
bergulung. Pucuk mula mati. Kekurangan Molibdenum.
Pucuk layu dan hujung kering seperti terbakar. Warna daun tidak pucat
tetapi pertumbuhan terbantut. Kekurangan Kuprum.
Urat daun mulai luntur bermula dengan daun tua, akhirnya seluruh daun
menjadi luntur. Kekurangan Besi (Ferum).
Bahagian urat daun matang tidak luntur tetapi daun muda menjadi
kuning bermuyla dari urat daun, melecur.
Kemudian tanda-tanda ini juga kelihatan pada daun yang matang. Tanda kekurangan Mangan.
Daun menjadi luntur
antara urat-urat daun, dalam bentuk tompok-tompok. Daun yang baru tumbuh tidak sebesar daun yang
biasa. Tanda kekurangan Zink.
Daun pada pucuk utama menjadi pucat. Putik bunga menjadi erot. Batang menjadi pendek dan pecah. Daun menjadi rapuh dan erot. Tanda kekurangan Boron.
Pertumbuhan terbantut, daun bergulung, hujung daun melecur
dan bahagian tepi daun mati. Pucuk utama
dan putik bunga luruh. Kekurangan Kalsium.
info yg sangat bagus...daun pokok cili saya kuning2 skit..lepas letak baja baru ok balik...tp x sempat 2 minggu dh mula kuning2 balik..
BalasPadambole x encik iskandar kongsikan cara2 nak buat racun organik..
Saya rasa lebih elok kalau En. Iskandar lampirkan bersama gambar mungkin boleh dibuat tatapan bersama pembaca yang lain. Mana tau ada yang pernah alaminya dan dapat selesaikanya bersama.
BalasPadamSaya kena cari gambar dulu. :)
Padambagaimana pula dengan semaian tomato dimana ada pertunasan tetapi tiada daun hanya keluar 'tangkai' sahaja.
BalasPadamKalau kekurangan nutrien, kemungkinan kekurangan Magnesium. Sebagaimana yang dibincangkan dalam posting tentang pH, pokok yang menunjukkan kkurang nutrien menunjukkan kegagalan pokok menyerap bahan tersebut. Ia bukan bermaksud tiada nutrien tersebut di dalam tanah. Ia mungkin kerana tanah terlalu beralkali atau berasid.
PadamAssalamualaikum, en. Iskandar
BalasPadamsaya mempunyi pokok limau kasturi seluas 1 setengah ekar tapi yang menyedihkan hampir separuh tanaman pokok limau saya daunnya berwarna kuning dan akhirnya gugur. boleh tak en. iskandar bagi advice cara menagani masalah pokok limau saya
Terima Kasih
Itu adalah tanda kekurangan nutrien. Adakah daun matang yang menjadi kuning atau daun pucuk/muda?
Padamya daun matang menjadi kuning dan selang 2 atau 3 hari kemudian daun pucuk/muda juga turut sama menjadi kuning. saya dah cuba sembur baja bayflon tapi tidak memberi kesan dan saya ingatkan itu adalah serangan serangga perosak jadi saya cuba dengan racun serangga subside 505 tapi tidak juga memberikan sebarang kesan. boleh tak en. iskandar suggest baja atau racun serangga yang sesuai di gunakan untuk menagani masalah ini.
BalasPadamterima kasih
Mungkin tanah gagal serap micronutrien. Check pH tanah.
Padam