Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 17 April 2012

Resepi -- Kerabu Mangga


Kerabu Mangga enak dimakan bersama nasi.


Bahan-bahan (Hidangan untuk 4 orang)
2 biji mangga muda tanamsendiri
1 biji bawang besar tanamsendiri
4 biji cili wangi tanamsendiri
3 sudu besar gula pasir
2 sudu teh garam halus
4 sudu besar cuka asli

Cara-cara
1.  Parut mangga atau dimayang halus.
2. Mayang halus bawang besar.
3. Tumbuk cili wangi hingga lumat.
4. Gaulkan rata mangga, bawang besar, cili wangi, gula, garam, dan cuka di dalam mangkuk yang besar.
5.  Sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
6.  Hidangkan bersama nasi.

8 ulasan:

  1. amboi sedap nampaknye ni, tuan is.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah mangga dari pokok depan rumah, ada setangkai. :)

      Padam
  2. Perghhh.. Kecut perut dah.. Laparnya.. Nyum².. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duduk jauh... kalau tidak boleh ajak join. :)

      Padam
  3. dekat sini pokok sentiasa ada hasil... sekejap pelam/mangga ni berbuah, habis je satu pokok berbuah, pokok lain berbuah... kiranya tak putuslah buah pelam/mangga...hehehe

    dulu je masa arwah abah tanam, sepanjang tahun berbuah...heheh rahsianya mungkin membaja setiap 2 minggu sekali agaknya...

    kerabu ni dibuat waktu ada kenduri kawen je...(untuk makan satu keluarga besar...kalau buah banyak baru letak di depan...heheh)

    p/s:kalau mak saya buat dia letak udang kering sikit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmmm, kalau letak udang kering sedikit memang sedap juga.

      Padam
    2. memang sedap... selalunya kerabu ni paling cepat habis... nasib sekarang tiada mangga yg sesuai... pelam padi pun baru melabuhkan tirainya...heheh menunggu pelam epal....baru je berbunga....

      Padam