Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 18 April 2012

Resepi -- Ikan Tenggiri Masak Mutiara

Ikan Tenggiri Masak Mutiara, enak dimakan panas bersama nasi.




Bahan-bahan (Hidangan untuk 2 orang)
4 keping ikan tenggiri setebal ½ inci
6 ulas bawang putih
2 sudu besar garam
4 sudu besar cili sos thai

Cara-caranya
1.  Gaul kepingan ikan tenggiri dengan garam.
2.  Letakkan kepingan ikan tenggiri ke dalam kepingan kaca.
3.  Pecahkan bawang putih (ketuk) dan buang kulit.  Sapukan bawang putih ke atas kepingan ikan.
4.  Siram dengan sos cili thai.
5.  Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro dan masak selama 2 minit menggunakan kuasa tinggi. 
6.  Balikkan ikan dan masak selama 2 minit pada kuasa tinggi.
7.  Keluarkan dari ketuhar dan hidangkan dengan segera. 

9 ulasan:

  1. Wah, pagi² dah tengok menu yang sedap.. Huhuhu.. Lapar lagi :)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Nak gi cari biskut la kat pantry.. :)

      Padam
  2. Nampak sedap le lauk tu..
    Lapar plak... huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lauk resepi orang lelaki, ringkas dan cepat. Biasanya saya buat sarapan. :) Makan dengan nasi pun enak.

      Padam
    2. benih roselle ada lagi tak?

      Padam
    3. Ya, benih Roselle masih ada lagi. :)

      Padam
  3. upppsss... masak dgn microvawe tu kurang bagus... jangan amalkan... kalau guna oven takpe... ;p

    *adik ipar saya pernah dpt kanser, doktor mmg nasihat agar tidak gunakan mikrovawe...

    BalasPadam