Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 6 April 2012

Pertumbuhan Sawi Bunga (Wang Bujang) Begitu Galak

Alhamdulillah, pertumbuhan Sawi Bunga Wang Bujang begitu galak.  Dah tak sabar nak tuai.  Cuma yang bermain dikepala, nak buat ulam atau nak dimasak.  Semalam tuai satu pokok.  Rangupnya bila dibuat ulam.  Air cukup, cahaya cukup, tanah organik, Sawi Bunga tak komplen.  Dia tumbuh aja segalaknya.  Ruang sempit pun tak apa.

Sawi Bunga dah boleh dituai.

5 ulasan:

  1. seronoknya tengok... saya masih bergelut dengan masalah kesesuaian tanah. cabaran cuaca yang berubah-ubah pun ada juga sbb baru-baru ini ketika hujan kerap turun, cuba semai kangkong, lepas itu cuaca panas terik hingga kini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kangkung, ia tahan panas, tappi jangan kering. Kalau kering ia jadi terlalu berserat dan mela menjalar. Bila menjalar daunnya menjadi kecil dan akan mula berbunga. Masa itu rasanya dah kurang enak untuk dibuat ulam. Untuk dimasak masih ok.
      Mungkin masalah cuala boleh diselesaikan menggunakan sungkup. Sawi bunga pun praktikal tanam sebab ia boleh dituai dalam masa 3 hingga 4 minggu. Itu kalau makan sendiri. kalau untuk komersial mungkin kena tunggu dua minggu lagi sebab pelanggan pasti mahukan sawi yang besar dan gemuk.

      Padam
  2. Setiap kesabaran dan kesusahan, pasti akan ada hasilnya :)..

    Segar je tengok sawi bunga tu.. Kalau dimasukkan kedalam mee goreng, sebelum pergi solat Jumaat makan, sedap tu.. :).. Tapi takut tertidur la pula semasa khutbah.. Hehehe :)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he. Saya biasanya makan lepas Jumaat. kalau sebelum, khutbah macam mimpi jer....

      Padam