Ada pendapat yang menyatakan kita mesti tanam tomato, kalau tidak, gardening macam tak sempurna. Memanglah tanam tomato ni mudah, tapi kalau bertanam secara organik, tanam tomato amatlah mencabar. Ini kerana pelbagai makhluk perosak gemarkan tomato. Lagipun tomato perlukan kuantiti nutrien dan yang banyak terutamanya ketika berbunga dan berbuah. Sukar untuk kita yang bekerja untuk menjaganya.
Namun begitu, tanam tomato berbaloi. Kepuasannya dapat dirasakan terutamanya apabila buah mula ranum. Hinggakan ada yang menyatakan selagi tidak merasa tomato organik yang baru dipetik, kehidupan seolah-olah tidak lengkap. Fuh sampai begitu sekali.
Bagi saya pula, setiap kali melihat buah tomato ranum, timbul rasa menyesal. Menyesal kerana tidak semai banyak. Maklum sajalah, kalau semai 10 pokok, mungkin hanya 6 yang akan berbuah hingga ranum. Pokok yang lain akan mati kerana serangan makhluk perosak, cuaca yang terlalu panas, atau hujan yang tidak berhenti.
Saya seolah-olah lupa, ahli keluarga ramai. Bila semai tomato masih juga semai jumlah yang sedikit. Ada yang mengesyorkan 4 pokok bagi setiap isi rumah. Hmmmm jadi kalau rumah saya ada 7 orang, kena tanam 28 pokok. Mana nak letak pokok-pokok tu. Hari ini tomato dah mula meranum. nah lihatlah sendiri.
 |
Tomato sedang ranum. |
 |
Tidak sabar nak tuai semuanya. |
 |
Tomato yang ini pula menyendiri, tetap ranum. |
 |
Kalau diperhatikan kulit tomato ini, ada makhluk perosak cuba meratahnya. |
|
|
Bukan semua buah tomato dah ranum, ada yang masih hijau. Mujurlah. Ini akan memastikan bekalan tomato tidak putus. Maklum sajalah Puteri pun suka makan buah tomato ranum yang dipetik terus. Kalau tomato hijau dia buat tak nampak aja. Tunggulah bila ranum, dia pasti tak mahu berkongsi.
 |
Tidak semua tomato dah ranum, ada yang masih hijau. |
 |
Tomato hijau belum dapat menarik perhatian Puteri. Tunggulah bila merah nanti.... |
Apa-apa pun mesti semai tomato dengan lebih banyak lagi Kalau tak cukup satu dulang semaian, tak sempurna semaian tomato. Mesti semai banyak supaya cukup untuk semua orang.
 |
Cambahan tomato ceri. |
Oh ya, jangan lupa semai tomato -- dengan banyaknya. Benih boleh diperolehi daripada blog.
ahli rumah saya kecil... cukup la ada 3/4 pokok... janji bekalan tomato saya sentiasa ada tiap kali nak masak asam pedas... ;p
BalasPadamAsam pedas? Nyum².. Hehe :)..
PadamOh itu dah tinggal separuh. Yang besar-besar semua dah keluar. Kalau tidak setiap kali waktu makan jadi kenduri. :)
PadamBetullah Sir Syahmi, rasa macam nak makan nasi awal pulak. Perut terus menciut..... :))
PadamHehehe.. Lapar la pula..
Padamsaya pernah terbaca tentang kaedah tanam tomato upside down. aga-agak baka MT tu boleh tak guna cara tu? saya dah semai benihnya tapi belum tau lagi perkembangannya. ingat kalau dah bercambah nak pulak buat eksperimen menanam upside down ni..hehe
BalasPadamBoleh dicuba. Kaedah tersebut ada beberapa kelebihannya. Pokok tidak memerlukan pancang kayu bila berbuah. Berat buah akan membuatkan batang pokok lebih lurus. Kalau pokok menjadi terlalu panjang, ia boleh dipangkas.
PadamTuan, kaedah upside down tu macam tanam pokok bunga petunia juga ke? Maksudnya biarkan ia menjalar ke bawah?
PadamTak sama sebab pokok petunia ditanam dengan cara biasa. Ia terlalu panjang dan meleret ke bawah. Dalam teknik penanaman tomato, bekas diletak tertonggeng, bekas yang mengandungi akar di atas, batang pokok ke bawah, tertonggeng. Teknik ini dipatenkan dan kalau tak silap saya bekas tersebut dinamakan Topsy Turvy. Ada dijual di kedai DIY di Midvalley.
PadamOwh.. Pasu di letakkan dalam keadaan terbalik la ye? Dari segi penyiramannya pula bagaimana?
PadamBekas direka supaya air dapat disiram dari atas.
PadamOwh.. Faham dah :).. Baru je tanya Encik Google tadi.. Hehe.. Boleh cari pasu tu hujung minggu ni di Midvalley :)..
Padam:)
Padamboleh DIY juga..asalkan bekas ada lubang kecil di bawahnya, tapi cara menanam tu kena jaga-jaga takut tanah terlepas ke bawah. ada yg letak sikit paper utk elak tanah loose dari lubang. nnt kalau jumpa link saya kongsi kat sini :)
PadamTerima Kasih wani sc :)..
PadamSaya kongsi link kat sini :
Padamhttp://gardendesk.blogspot.com/2009/02/do-upside-down-tomato-planters-work.html
Mana tahu Tuan Iskandar boleh jadi pelopor dalam merekacipta pasu upside down ni pula :)..
InsyaAllah :)..
alamak, dah tak jumpa gambar yang anak tempatan buat. tapi kalau cari dari google image mmg banyak contohnya:
Padamhttps://www.google.com.my/search?q=diy+upside+down+tomato&hl=en&client=firefox-a&hs=KrL&rls=org.mozilla:en-US:official&prmd=imvns&source=lnms&tbm=isch&ei=jy99T-2YLIzxrQf4k7j9DA&sa=X&oi=mode_link&ct=mode&cd=2&ved=0CBcQ_AUoAQ&biw=1024&bih=459
sir syahmi buat dulu, nanti insya-Allah saya menyusul :)
sebahagian pokok tomato sudah mulai layu semalam... tak tahu kenapa!. mungkin cuaca terlalu panas. Ada sebahagian lagi yang masih eluk... ini kali ketiga saya tanam tomato, tapi tak pernah menjadi.
BalasPadamIs, kongsilah bagaimana menjaga pokok tomato?tak boleh terlalu banyak air ke? saya siram banyak air sbb skrg terlalu panas!!
Tomato yang sedang berbunga dan berbuah perlu banyak air tapi waktu siram jangan sampai bertakung. Kalau boleh letak di tempat yang terima cahaya pagi, Waktu tengahari biar di tempat teduh sikit. Itupun kalau daun nampak melengkung ke arah bawah akibat terlalu panas. Biasanya tomato perlukan cahaya yang banyak, tapi maklum sajalah iklim negara kita. Pokok mula nak mati diperingkat mana? Masa dah berbunga atau sebelum berbunga?
Padamkali ni sebelum berbunga. tapi yang sebelum ni dah ada bunga... tiba-tiba jer layu dan mati!
BalasPadamZan guna tanag pasir atau tanah camnpur dari nurseri?
Padamassalamualaikum wbt tuan,nmpknye ilmu menenam ni perlu disebarluaskan..sye ade mengelola sebuah radio islamiconline,sudikah tuan mengisi slot utk radio ini?tjuan kami nk buktikan islam itu syumul..tuan boleh melayri http://radio.halaqahmaya.com/ untuk maklumat lanjut.Syukran ^^
BalasPadamWaalaikum salam Pencinta Abadi,
PadamTerima kasih. InsyaAllah saya akan layari lamat web tersebut.
Saya pernah nampak ceri tomato tumbuh dengan subur di tepi dinding rumah saya yg lantainya merekah. pokoknya berbuah lebat dan bebas dgn penyakit. Ditepi rumah tu berbumbung dan pokok tomato tak kena hujan dan tak menerima cahaya direct tapi pantulan cahaya dari lantai simen yg panas di sebelah pagi ke tengahari saja dan sebelah petang tempat tu cool saja disebabkan pohon yg merimbun di sekeliling, mungkinkah keadaan begini sesuai untuk pertumbuhan tomato.
BalasPadamYa, pantulan cahaya dinding juga boleh dimanfaatkan. Saya perhatikan kalau dinding warna putih, pokok boleh terbakar kerana terlebih cahaya. Pastikan bila pokok berbunga ia dapat banyak air dan kalium.
PadamTerima kasih En.Is. Nampaknya selepas ni nak cuba tanam Tomato dlm pasu dan meletaknya di sebelah dinding yg gelap, nak tengok hasilnya. Patutlah selepas buah dah masak, daun-daun dan batang tomato melecur, ingatkan memang hayatnya dah sampai. sekarang baru tau kerana terlebih cahaya dr dinding berwarna putih. Appreciate betullah dgn penerangan En. Is.
BalasPadamSalam, berguna sungguh info tomato ni..pokok tomato saya baru besar kelingking..hehehe..harap2 dptla merasa buahnya nanti..Perlukah sy membaja?
BalasPadamKalau tanah yg kaya dengan organik, tak perlu membaja lagi. Kalau kadar pertumbuhan menurun, tambah baja organik atau baja yg kaya dengan nitrogen.
PadamBaja apa nak guna? Saya ada beli baja taik ayam yang sudah di proses menjadi ketulan. Boleh ke? Bila nak baja?
BalasPadamYa, baja pellet tinja ayam boleh digunakan.
Padamsaya nak tanya macam mana nak tanam tomato?tanam terus ke ?tanam biji?
BalasPadamSemai benih dalam bekas semaian dulu. Bila cambahan dah ada 4 helai daun alih ke dalam bekas besar atau ke tanah.
Padamhari ini saya ubah pula pokok tomato yang dah tinggi2. saya gunting semua daun2yang kuning. Sedih pokok tomato subur ..kuat tapi tak berbuah lagi..kalau saya tabur baja buah boleh ke en is?..agaknya dah lama saya tanam pokok ni..tapi tak berhasil juga..saya ada 8 pokok..semua elok tapi tak berbuah..
BalasPadamBoleh tabur baja.
PadamUntuk pujuk pokok supaya berbunga dan berbuah, kami ada jual booster. Ia mengandungi bahan precursor untuk pokok hasilkan hormon untukgalakkan penghasilanbunga dan putik buah. SMS/Whatsapp 0175009364.
salam. Saya nak bertanya, tomato saya hidup subur & kuat.. tapi tiba2 mati. bermula dengan satu tangkai daun mula layu & 2-4 hari kemusiannya layu sampai ke pucuk & mati. kenapa ye?
BalasPadamTq
Mungkin serangan layu bakteria.
Padamsy ada tanam tomato dr benih..dah 4 hari da dan skrg ada tumbuh sikit anak pokok.berapa lama perlu dibiarkan di tempat gelap.sbb sy masih biarkan anak poko ditempat gelap..
BalasPadamkenapa pokok tomato yang sudah berusia 5 bulan belum mengahsilkan buah. bunga selalu saja ada tetapi tidak berbuah. pokok di tanam di luar pagar.
BalasPadamminta panduan dari tuan.
zainal
Mcm mana nak tau tomato yg kita tanam jenis meninggi atau merimbuwm. Tuan ada gambr tak.
BalasPadamMcm mana nak tau tomato yg kita tanam jenis meninggi atau merimbuwm. Tuan ada gambr tak.
BalasPadam