Bagaimanakah Cara Mengapur?
Tabur serbuk kapur
dengan rata di atas permukaan patch tanaman dan gaul (cangkul)
menggunakan cangkul tiga mata sedalam 15 cm (6 inci). Pastikan kapur digaul dengan sama rata kerana
kapur lambat melarut dalam tanah.
Banyak Manakah Kapur Diperlukan?
Ini bergantung kepada sebanyak manakah jumlah pH yang anda
ingin tingkatkan. Jangan cuba tingkatkan
pH dengan terlalu cepat dengan menggunakan jumlah kapur yang terlalu banyak
dalam satu proses pengapuran. Skala pH
adalah skala logaritma. Misalnya jika anda perlukan 4.5 kg kapur untuk
tingkatkan 1 nilai pH, maka anda perlukan 45 kg kapur untuk tingkat 2 nilai
pH. Jadi, untuk sekali proses
pengapuran, tingkatkan hanya 1 nilai pH.
Musim menanam berikutnya, tingkatkan 1 nilai pH lagi. Kemudian perhatikan tabiat tanaman anda untuk
menentukan keberkesanan proses pengapuran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan