Bila Proses Pengapuran Elok Dilakukan?
Anda boleh lakukan pengapuran bila-bila masa sahaja, tapi saya
syorkan anda lakukan di musim hujan. Ini
kerana air hujan akan terlarut dalam tanah menghasilkan asid yang akan
bertindakbalas dengan kapur.
Apa-apa pun, yang penting ia perlu dicampur ke dalam tanah
yang terlalu berasid dengan segera kerana kesan proses peneutralan dalam tanah
mengambil masa yang lama, maksud saya, sangat perlahan. Lazimnya kesan yang diharapkan diperolehi
dalam masa 6 bulan hingga setahun.
Jika jalankan penanaman menggunakan baja kimia, jangan
lakukan pengapuran jika anda baru sahaja menabur baja nitrogen. Ini kerana kalsium di dalam kapur akan
bertindakbalas dengan nitrogen dalam baja.
Nitrogen akan ditukar menjadi amonia dan akan hilang. Tabur baja nitrogen hanya selepas dua bulan
anda menabur kapur.
Bagaimana pula dengan penaburan baja tahi ayam dengan pengapuran? Boleh sama tak?
BalasPadamBaja tahi ayam (atau mana-mana jenis burung) menggabungkan tinja dan bahan kumuh (urea), jadi ia kaya dengan nitrogen. Masalah dalam pengendalian baja tahi ayam adalah sama dengan penegndalian baja kimia (urea). Bagaimanapun penggunaan baja tahi ayam amat penting untuk menguraikan bahan berkarbon. Kita akan bincang tentang perkara ini dengan lebih mendalam.
PadamJadi mana yang perlu didahulukan? Meletakkan baja tahi ayam dahulu atau pengapuran dahulu? Dan berapakah selang masa untuk itu jika baja tahi ayam diletak dahulu?
PadamKapur akan kekal dalam tanah dan baru membaja.terlarut sedikit demi sedikit. Kadar tindak balas yang paling tinggi adalah ketika ia baru dicampur kerana pada ketika itu pH tanah paling rendah. Urea dalam baja tahi ayam pula akan terurai lazimnya dalam masa 2 minggu. Kalau dah membaja, seeloknya lakukan pengapuran paling cepat 2 minggu selepas membaja. Pada pendapat saya, elok mengapur dulu. Bila tanah dah stabil
Padamberapa tempoh selang masa utk pembajaan kimia slps pengapuran dilakukan.
BalasPadam2 bulan.
Padam