Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 4 April 2012

Mengalih Cambahan Kacang Panjang

Selepas seminggu menyemai benih kacang panjang, cambahan kacang panjang sedia untuk dialih.  Seelok-eloknya lakukan kerja mengalih di sebelah petang atau pada hari yang redup. 

1.  Bawa dulang semaian ke tempat yang ingin di alih.  Jika ingin dialih ke dalam bekas atau pasu pastikan anda telah memasukkan tanah ke dalam bekas tersebut.  Gunakan tanah yang kaya dengan organik iaitu tanah kompos.
2.  Jika tanah kering, siram terlebih dahulu.
3. Buat lubang sedalam 4 inci (10 cm).  Jika ada transplanter, gunakan transplanter.  Jika tidak gunakan pengorek.

Gali lubang pada tempat yang ingin dialih sedalam 4 inci (10 cm).
 4. Dengan berhati-hati pegang pada pangkal cambahan kacang dan tarik.  Jika gunakan pasu terbiogradabel (biodegradable pot) tidak perlu keluarkan pokok.  Patikan akar tidak rosak ketika mencabut cambahan.

Tarik anak pokok keluar dari sel dulang cambahan dengan berhati-hati.
Cambahan yang sihat mempunyai akar yang padat seperti ditunjukkan dalam gambar.

Anak pokok kacang yang sihat mempunyai akar spserti ini selepas seminggu disemai.

5. Masukkan anak pokok ke dalam lubang yang dibuat dan timbus bahagian akar.  Jangan mampatkan tanah.

Masukkan bahagian akar cambahan kacang panjang ke dalam lubang dan kambus.
6.  Pasangkan label dan catatkan di dalam jurnal tarikh serta waktu anak pokok dialih.  Jika semuanya elok, buah kacang panjang akan dapat dituai 3 minggu dari waktu tersebut.

17 ulasan:

  1. salam tuan,
    Wah..dulang cambahan tu boleh beli kat mana?..
    Terimakasih maklumat ini sangat berguna.

    BalasPadam
  2. Bagus tuan, menggunakan segala apa yang ada dengan sebaik mungkin.. X perlu buat pancang, hanya perlu menggunakan pagar.. Disamping dapat menyokong pokok kacang panjang, ianya dapat menjadi pelindung pagar.. Jadi orang tidak boleh melihat ke dalam kawasan rumah secara terus dan boleh menjamin privacy :)..

    BalasPadam
  3. Oh ya, dulang cambahan biasanya ada dijual di nurseri dan di pasaraya, bahagian gardening atau DIY.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu tuan.. Harganya pun sekitar RM3.00 ke RM5.00 untuk 108 lubang..

      Padam
  4. Saya nak cari dulang cambahan ni. Setakat ni di pasaraya & nursery yg biasa saya pergi tiada pula menjualnya. Mgkn kena cari di tempat lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara tinggal dikawasan mana?

      Padam
    2. saya tinggal di kawasan Rantau Panjang, Klang, tuan

      Padam
    3. Owh.. Agak jauh juga.. Hehe.. X pernah lagi cuba hantar dulang semaian melalui courier.. Kalau pos memang x boleh la.. Envelope pun x muat :).. Tray semaian tu kalau di area Sungai Buloh banyak je jual.. Cuma nak menghantar ke sana tu yang jadi masalah.. Kalau boleh lipat, tentu x jadi masalah..

      Padam
    4. Tak apa... saya cuba cari2 di tempat lain, mgkn ada cuma saya belum jumpa tempatnya ;)
      Apa pun terima kasih kerana sudi untuk membantu :)

      Padam
    5. cuba baguznet cari di nurseri area batu 8... mungkin ada... kalau nak beli secara pos, boleh semak di sini,
      http://romatechagro.blogspot.com/, atau sini, http://mentahagromart.blogspot.com/ atau sini, http://www.lelong.com.my/104-holes-germinating-tray-X264906-2007-01-Sale-I.htm

      romatech agro lokasi dia di puchong, mentah agro di area dengkil dan qadhijah natural farm itu diperak.... selamat membeli online....

      Padam
    6. Sama² baguznet :)..

      Yang saudara zicron21ck bagi link tu pun boleh beli secara online atau datang sendiri.. Romatech Agro saya pernah pergi.. Disana banyak juga peralatan pertanian yang dijual terutamanya sistem fertigasi atau saya panggil sistem siraman automatik kerana saya x menggunakan baja cecair AB :)..

      Harga berpatutan :)..

      Padam
    7. romatech agro saya belum pergi... sekadar tahu online sahaja... ingat nak pergi...

      mentah agro saya pernah pergi. kedai bolehlah tahan...

      qadhijah pula saya beli produk dia.. baja organik dan ada beberapa yang lain. kos penghantaran sangat murah....

      Padam
  5. dulang cambahan sudah ada... tinggal nak tambah dulang tadah air je... kadang terlupa nak siram pokok dalam tray semaian... sian layu je...huhuhu

    sebab rumah tiada pagar, last2 beli benih kacang panjang renek di mardi...tiada lagi masalah pancang2 ni... tapi kena buat untuk pokok peria...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tray takungan air tu boleh gunakan tray multipurpose yang dijual di kedai berdekatan pasar. Harganya agak tinggi tapi tahan lama. Sebelum beli, ambil ukuran dulu, pastikan dulang semaian muat.

      Kacang panjang renek memang sesuai untuk tanam dalam kawasan yang kecil tanpa pancang. Kacang mata hitam pun ada dari jenis yang renek. Dulu saya ada jual, tapi dah habis. :( Cari batch yang baru belum dapat. Kacang panjang renek ada dalam stok. Rasanya agak kuat berbanding kacang panjang biasa. Ada pembekal benih berpendapat rasa mungkin dipengaruhi jenis tanah/baja yang digunakan.

      Padam
    2. Sudah beli pun tray untuk tadahan air... besar punya.... muat untuk letak dua tray semaian.... harga boleh la tahan rm16.90 sahaja... muat2 je... panjang tray lebih sikit dalam 5 mm la tapi bleh tekan masuk sebab tepi tu tak keras kan....

      Padam
    3. Boleh asalkan air diserap ke dalam sel secara sekata.

      Padam