Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 13 April 2012

Memproses Thyme

Thyme adalah herba dari keluarga Thymus yang enak digunakan sebagai perisa, terutamanya dalam masakan Levantine (Lubnan, Israel, Syria, Jordan).  Rasanya berempah, manis sedikit dan seakan-akan kesom.  Untuk proses thyme, ikut langkah berikut.

1. Potong tangkai pokok thyme.  Pokok ini sememangnya perlu dipotong selalu supaya rimbun.

Keratan thyme yang boleh digunakan sebagai perisa makanan.


2.  Basuh keratan tangkai thyme dan lapkan dengan kain atau tisu dapur untuk keringkannya.
3.  Masukkan ke dalam beg kertas (brown bag).

Masukkan ke dalam beg kertas yang kering.


4.  Jemur beg tersebut selama 3 hari di tempat yang panas dan kering.

Jemur di tempat panas dan kering.


5.  Pastikan jemuran thyme kering dan hiris halus, atau lumatkan dalam pengisar kering.
6.  Masukkan ke dalam botol perisa.
7.  Gunakan sebagai perisa makanan.

7 ulasan:

  1. mcm mane nak dapatkan herba2 ingeris nie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benih ada dalam stok saya tapi benih herba ini sangat halus dan mengambil masa yang sangat lama untuk bercambah. Pertumbuhannya juga amat perlahan. Bila dah besar barulah pertumbuhannya cepat.

      Padam
    2. owh..insyaALLAH..saya akan ordr lain kali..sebb bru jer oder benih bunga n sayur dengn encik..hrp selamat sampai...hehe..trm ksh..

      Padam
  2. maaf en. iskandar...thyme sebenarnya herba Mediterranian.

    BalasPadam
  3. Terima kasih, saya nak keringkan bunga telang, saya try kaedah ni ya

    BalasPadam