Cuaca sekarang sememangnya tidak menentu. Pagi nyaman sekitar 29 darjah (Celsius), tengahari membakar sekitar 34 hingga 40 darjah dan petang hujan lebat. Kalau pokok yang terletak di tengah panas ketika tengahari pasti akan melecur. Elok dipasang sungkup supaya tanaman teduh sedikit di waktu tengahari. Cuaca begini elok juga ditanam kangkung. Ia cepat dapat dituai, tahan panas dan suka air. Tanaman dapat dituai dalam masa 3 hingga 4 minggu. Kangkung tanamsendiri rangup, tahan penyakit dan enak dibuat ulam. Pokok boleh dituai menggunakan kaedah kerat dan tumbuh lagi.
![]() |
Kangkung yang dituai 4 minggu selepas disemai |
sy memang merancang nak tanam kangkung sekarang ni...cuaca mendung memang sesuai...buat ulam cicah budu sedap, buat pecal pun sedap...
BalasPadamSaya pun belum sempat semai. Mngkin petang ni. Tgh hari terlalu panas.
Padambetul tu tuan is. kangkung yg saya tanam pada 1 april lepas memang sangat menggalakan pertumbuhannya. lebih cepat dari sawi...
BalasPadamNanti dapatlah makan pecal sampai puas. He he.
PadamSaya setuju tanaman kangkung paling senang nak tanam. Dalam setiap subjek saya pasti ada kangkung sebagai tanaman. Kalau nak menuai selalunya saya potong pangkal dan biarkan ia tumbuh. Cuma untuk tuaian kali kedua dan ketiga pokok semakin kecil dan daunya mula melebar. Kalau en. Iskandar ada pengalaman begitu mungkin boleh diceritakan bersama kenapa jadi begitu?
BalasPadamSaya perasan juga, dan cepat berbunga. Batang pun semakin berserat.
PadamBagaimana nak dapatkan biji benih kangkung pula? Saya selalu lihat ia berbunga tapi tak tahu bila nak dapatkan biji benihnya.
PadamKalau dibiarkan berbunga, ia akan berbuah. Sebiji saiznya kira-kira separuh saiz guli. Kalau dibiarkan buah kering di pokok, bijinya akan bercambah ketika berada dalam buah. Begitulah mudahnya kangkung membiak. :)
Padamohh, macam tu ke? baru saya tau yang kangkung akan berbuah. terima kasih untuk info :)
PadamKetika berbunga, atangnya lebih halus dan berserat, pokok pula mula menjalar dan memanjat. Ketika itu, dah kurang enak dimakan. Kangkung akan mula berbunga bila kurang disiram ketika cuaca panas.
PadamPetua menarik nih.. Hehe.. Lepas ni wani sc jadi supplier Tuan Iskandar pula la ye.. :)
PadamBoleh aja.... :)
Padampokok kangkung saya pun dah banyak biji benih.... biarkan je pokok kangkung lama2 tu... biar banyak bunga dan benih....
PadamBila dah berbunga pokok kangkung akan terlalu berserat, dah kurang enak dimakan.
Padamyang itu biar jadi ibu.... benihnya kita buat kangkung baru...hehehe
PadamMemang betul tu, sekarang ni hampir setiap hari hujan, kalau panas pun selang dua hari je.
BalasPadamYa, tapi tengah hari panasnya tak tertahan. Pakai topi kalau nak berkebun tengah hari. :)
PadamKalau x pakai nanti rentung dibuatnya :).. Dah macam berjemur tepi pantai pula.. Hehe..
PadamBaru nak semai Kangkung minggu ni :).. Teringat dulu tanam kangkung untuk diberi kepada kura² yang dibela.. Bukan main suka lagi dia pada kangkung.. Bagi pellet, dia buat tak tahu je.. Hehe..
BalasPadamKalau menjadi kangkung kali ni, boleh dibuat kangkung goreng belacan.. Fuhh.. Kecur air liur dibuatnya.. :)
Terasa lapar lah pula. Nasi dah terhidang tu, tapi stok sayur kangkung dah habis. :)
PadamBismillah, jemput makan.. :)
Padamburppppp.... Alhamdulillah. Dah kenyang.
Padamnak try juga esk.
BalasPadamsaya dah tanam pokok kangkung, tp dah dekat sebulan.. x membesar pun pokoknye
BalasPadam