Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 7 April 2012

Kanak-kanak Yang Menjalankan Aktiviti Menanam Sayur Lebih Mudah Diajar Makan Sayur

Ada kenalan yang mengadu, sukar nak suruh anaknya makan sayur.  Dari pengalaman saya, saya dapati anak-anak yang sama-sama membantu menanam sayur akan lebih gemar memakan sayur berbanding dengan kadak-kanak yang tidak menjalankan aktiviti tersebut.
Memakan sayur sebagai pemakanan tambahan ada banyak manfaatnya.  Kanak-kanak jarang kena penyakit, lebih ceria dan mempunyai kulit yang sihat.  

Sawi Bunga, Sayur Putih, Salad Green Parade, Buah Markisa, dan Thousand Island Salad Dressing menjadi alas perut Puteri hari ini.

Mmmmm rangup.




Tanaman yang sesuai untuk aktiviti dengan anak kecil termasuk tomato, kacang panjang, sayur putih, salad, dan sawi termasuk sawi bunga dan sawi hong kong.Semua tanaman yang dinyatakan tidak mengambil masa yang lama untuk dituai.

12 ulasan:

  1. wahh, bagusnya! harap satu hari nanti Sara pun nak makan sayur juga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah Sara pun akan makan sayur. Kenaperkenalkan dari awal.

      Padam
    2. aummmm...mmm...mmm...mm..mmm...mmmm

      sedap btl

      Padam
    3. Memang Puteri sejak kecil enjoy makan sayur.

      Padam
  2. Wah.. Nampak sedap.. Hehe :)..

    BalasPadam
  3. geramnya tengok puteri ratah sayur... budak2 kita liat makan sayur... padahal masa baby (kecil) kita suap bubur dgn segala sayur... masuk je makan terus... bila dah besar dah pandai memilih, macam-macam alasan kalau suruh makan sayur... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he. Di rumah, sayur memang selalu dihidangkan. Kalau mee goreng sebahagian besar rencah adalah terdiri dari sayur. Kalau tiada sayur anak-anak macam tak puas makan. Kalau yang dah keluar belajar, komplen utama mereka ialah tak puas makan di luar, sayur kurang.

      Padam
    2. Wah, bagus la kalau macam tu.. Mesti sentiasa sihat anak² tuan :).. Boleh dicontohi ni :)..

      Padam
  4. saya setuju dengan pandangan en Is. Saya dulu pun minat makan sayur sebab mak ayah saya dulu-dulu ada tanam sayur. Seronok untuk memakan hasil yang ditanam sendiri ketika saya kecil-kecil dahulu.

    BalasPadam
  5. samala dengan puteri saya pun.. mungkin pengaruh org sekeliling juga...anak saya suka mkn sayur mentah/ulam mcm daun sup dan pegaga... tapi sawi mentah belum lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau yang tanamsendiri tak apa, jangan bagi yang mentah dari pasar. Perlu basuh dulu, takut ada saki baki racun melekat.

      Padam