Pokok ketumbar adalah herba yang enak digunakan dalam masakan melayu. Ia juga enak dijadikan ulam. Ketumbar yang ditanam sendiri mempunyai bau yang lebih harum serta manis. Pokok tumbuh dengan cepat kalau ditanam di kawasan teduh terutamanya di celah sayur yang tinggi, misalnya kailan atau pokok bendi dan roselle. Kalau ditanam dicempat yang panas ia akan berbunga dan berbuah. Buahnya enak juga kalau digunakan sebagai perisa.
 |
Pokok Ketumbar tumbuh subur abila terlindung di antara celah-celah sayur. |
 |
Pokok Ketumbar |
Sekali imbas macam pokok daun sup pulak :D
BalasPadamRasanya juga seenak daun sup.
Padamsaya pulak kurang gemar dgn ketumbar ni... perasan bau dia kuat sangat... lebih senang dgn daun sup shj... ;p
BalasPadamKalau tanam seleri, rasanya juga enak. Tapi masa nak matang lama sangat, tak sabar.
Padamemmm... saya cari benih utk celery yg batang besar mcm di pasar... tak jumpa pula... :(
Padamsemai benis asparagus pun tak bercambah... kecik ati...
Selepas suruh anak-anak rasa daun ketumbar, semua kata rasa dia kuat sikit. Mereka kurang suka kalau diletak dalam salad. Mungkin lidah saya dah kuran peka... Maklumlah dah setengah abad. :) Kalau macam ni settle dengan seleri sahaja.
PadamWalaupun setengah abad tapi tetap maintain :)..
Padamsetakat ni tanam daum sup & daun ketumbar belum berjaya lagi.
BalasPadamtak menjadi je..
Benih ambil masa yang lama untuk bercambah. Cambahan pula halus dan pertumbuhan yang perlahan. Perlu kesabaran yang tinggi.
Padambetul la. dah 2 minggu saya semai ketumbar, tak de kelibat nak bertunas pun. harap harap minggu ni ada perubahan
Padamsaya pun semai ambil masa yg lama juga...sekarang masih kecil lagi...huhuh...menunggu dengan penuh kesabaran...
Padamapa2 pun suka daun ketumbar jika dibuat tomyam...sedap...
saya semai ketumbar slow bolting En. Is tu dalam seminggu baru 1 yang bertunas..ok lah tu sekurang-kurangnya ada juga perkembangannya..suka tengok benih cepat bertunas ni :)
BalasPadamSatu minggu amat cepat. Boleh Wani ceritakan jenis tanah yang Wani guna serta cara Wani menyemai?
Padamtapi adakah baunya macam yang biasa dalam tomyam tu? saya kurang suka bau 'kumbang' tu, sekadar tanam daun ketumbar untuk hobi je :p
Padamsaya gunakan tanah campuran dari nurseri, gaul sikit pallet najis ayam (dan habuk pallet najis kambing - last stock), letak di kawasan teduh. seminggu tu kira cepat ye En. Is? nanti saya cuba post gambarnya di blog
PadamMungkin boleh gunakan campuran sabut kelapa yang dah diproses..
PadamMasalah dengan sabut, cambahan terjeruk dalam air. Bila hari panas, siram, medium cepat kering. Kerikil atau pasir lebih praktikal kerana tidak perap air, tapi kena siram selalu. Cara ini, benih tumbuh dalam masa 5 hari tapi kena pasang drip. Leceh.
PadamWani sc dah buktikan dapat cambahkan dengan cepat menggunakan tanah campur yang digaul dengan baja organik. Saya akan ikut cara wani sc. :)
http://maharani-kecik.blogspot.com/2012/04/my-baby-slow-bolting-coriander-pics.html
BalasPadamwani sc, benih ketumbar saya x tumbuh² lagi sebab saya belum semai lagi.. Hehehe..
BalasPadamPetang asyik hujan je, so nak jenguk kat laman rumah x dapat.. Tp musim hujan ni la boleh manfaatkan sepenuhnya bagi menyemai pokok kangkung.. X gitu Tuan Iskandar? :)
kih3..tak semai memang la tak tumbuh sir syahmi..buh dalam lesung buat masak ungkep la jawabnya :)
PadamJangan guna benih yang saya edarkan buat masak. Ia dicelup dalam thiram, iaitu racun kulat. :P
PadamHehe :)..
PadamOk saya dah semak buku jurnal saya. Benih yang direndam selama 8 jam dalam air suam dan disemai dalam tanah kompos tumbuh dalam masa 2 hari. Pertumbuhan cambahan agak perlahan. Bila cambahan mencecah 4 hingga 5 inci baru pertumbuhannya cepat.
BalasPadam