Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 26 April 2012

Gambar Hari Ini -- Cili Ceri, Cherry pepper, Pimiento

Caili Ceri atau Pimiento (Capsicum chinensis) bersaiz kecil dan bila ranum berwarna merah terang.  Cili jenis ini enak juga dibuat jeruk.  Mmmm, rugi sebab saya hanya tanam 2 pokok.  Sebenarnya semai banyak, tapi maklum sajalah, daun cili menjadi kegemaran berbagai makhluk perosak. 

Cili berbuah lebat
Cherry Pepper atau Pimiento yang sedang ranum.

14 ulasan:

  1. Aii..besar buah cili tu..baka jenis apa?capsicum ke?atau zoom in?

    BalasPadam
  2. Eh kenapa cilinya bulat? Kultivar apakah ia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru ingat nak tanya I Wong, bro plak dah bertanya dulu :D

      Padam
  3. Balasan
    1. Pembekal benih kata jenis Pimiento. Saya kurang pasti sebab benih yang diberikan kepada saya tidak berlabel. Mungkin ada antara rakan yang kenal kultivar ini.

      Padam
  4. salam tuan,
    cili ni kalau matang warna ungukan macam terung..
    benih ada stok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cili ni bila ranum warna merah. Nanti sebentar lagi saya masukkan gambar. :) Benih ada stok tapi tak banyak. Setakat 5 pek aja yang ada.

      Padam
  5. Sedih, saya dulu ada pokok cili ni, masa tu beli bersama pokok cili jenis lain, saya perasan ada daunnya yang mula layu. Saya tegur semasa membeli, tapi penjual kata ok je, nanti dia sihat balik. Selepas itu penyakit daun layu tu merebak ke semua pokok cili saya yang lain. Daripada 10 pokok cili, hanya 3 dapat diselamatkan. Kini saya sedang gigih menyembur dengan racun organik seperti dalam blog tuan ini. Penjual pokok apabila ditanya, dia berkata memang begitu, tidak mahu mengaku penyakitnya berasal dari pokok jualannya. Dia kata mesti sembur racun komersial, tapi saya tak mahu. Apakah caranya untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi? Saya kurang arif penjagaan pokok cili ini, tapi sungguh berminat menanam pelbagai jenis cili. Sekarang nak semai yang baru pun tak berani..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada nampak makhluk perosak tak. Kalau ikut ulasan ni macam serangan virus aja.
      Kalau serangan virus, mesti potong bahagian yang layu dan bakar. Buang tanah yang digunkan untuk tanam pokok yang berpenyakit (kalau tanam dalam bekas).

      Jangan kecewa, cuba tanam lagi. Cuba dengan benih cili kampung dulu. Ia tahan penyakit.

      Padam
  6. Terima kasih atas dorongan dan nasihat. Virus rupanya.. Makhluk perosak tak ada, kecuali pada cili saya yang macam mini tomato, yang tu ada serangga macam kapas putih dan daunnya pula macam berdaki hitam. Pokok cili yang lain layu begitu aje, bermula dari daun, merebak ke buah dan kemudian ke batang. Masa tu pula saya travelling jadi tak dapat nak sembur pestisid organik setiap hari sebagai ikhtiar.

    Oh, kena buang tanah tu ye? Nasib baik tanam dalam pasu. Saya ingatkan nak letak aje tanah + pokok yang mati dalam pasu tanah liat yang ada pokok cili yang mati, lepas tu bakar semuanya. Kena tunggu hari panas semula. Atau patut saya buang sahaja semuanya, termasuk pasu plastik bekas anak pokok cili yang mati?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasu tersebut boeh dibasuh dengan sabun dan disiram air panas. Jangan buang, membazir tu.

      Padam