Bukan orang aja kena detox. Tanaman sayur yang terkena semburan rumpai juga boleh didetoxkan. Caranya begini.
Bahan-bahan:
2 sudu besar sirap jagung,
1 sudu besar syampu bayi,
1 liter air
Cara
1. Campurkan bahan-bahan di dalam botol dan goncangkan sehingga terlarut.
2. Tuangkan larutan ke dalam penyembur.
3. Semburkan ke atas daun sayur.
4. Ulangi semburan selang 2 atau 3 hari selama seminggu.
Bagaimana cara larutan berfungsi?
Syampu bayi membantu memecahkan bahan kimia yang melekat pada permukaan daun sayur dan membolehkan ia dinyahkan dengan lebih cepat. Gula dalam sirap jagung akan melekat pada pemukaan daun dan mempercepatkan proses mengurai bahan kimia daripada racun rumpai.
wah! hebatnya. Boleh bantu dapatkan semula sayur segar :D
BalasPadam:)
Padamwah.. ni info yg bagus. lepas ni xrisau sgt la kalau jiran sebelah meracun lalang. sudah tau nak mendetoxkannya.. tq kongsi info ni :)
BalasPadamYa, kalau tempias racun boleh pakai formula ni. Kalau sememangnya diracun, tak boleh didetox lagi. :)
PadamAmat berguna maklumat ini, terima kasih byk2 atas perkongsiaan!
BalasPadamSama-sama.
Padamkalo racun rumpait erkenan sawah padi.macam mna nak selamatkan balik
BalasPadamRumusan ini untuk buang racun pada permukaan pokok. Kalau racun berkaitan sawah, adakah racun tersebut disembur pada permukaan atau diletak dalam air sawah?
Padam