Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 19 April 2012

Daun Labu Telah Bebas Kekabuh Mentimun

Hari ini bila diteliti daun labu, tiada lagi kekbuh mentimun yang selama ini berpesta meratah daun sehingga mencacatkan pokok tersebut.  Sebagaimana yang dijangkakan, musim mengawan kekabuh mentimun telah selesai.  Serangga tersebut telah berhijrah ke tempat lain, mungkin untuk bertelur dan seterusnya membiak.  Apa-apapun, lama rumah telah bebas serangan makhluk perosak tersebut.  Tiba masanya untuk menyemai benih timun.

Bukti yang nyata, kadang-kadang kita tidak perlukan racun untuk menentang makhluk perosak.  Kita perlu faham tabii makhluk tersebut dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Daun labu bebas dari kekabuh mentimun.
Posting yang berkait sebelum ini.

20/4/12, 9:00 am - Hanya satu ekor kekabuh mentimun ditemui.  Kekaduh tersebut telah dimusnahkan.

21/4/12, 9.00 am - Hanya dua ekor kekabuh mentimun ditemui.  Kekabuh tersebut sedang mengawan.  Kedua-duia kekabuh tersebut telah dimusnah.

22/4/12, 10.00 am - Tiada kekabuh mentimun ditemui.

23/4/12, 7.00 am - Tiga ekor kekabuh mentimun ditemui.  2 dimusnahkan.  1 sempat terbang. 

2 ulasan:

  1. ala... kita semai timun... bila alih je ke tanah - habis kena ratah... tak sempat besar...
    macam mana nak tahu musim mengawan dia dah habis?... asal tanam je anak pokok baru... dia datang meratah... T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita tunggu dua tiga hari lagi. Kalau ikut pengalaman yang lalu ia tak kan kembali sehingga musim yang berikutnya. Mungkin adalah seekor dua yang tersasar, tapi taklah sebanyak seperti sebelum ini.

      Padam