Cambahan Kailan OP dah tumbuh daun ketiga, iaitu daun sebenar kedua. cambahan ini sedia untuk dipindahkan. kalau belum sediakan kawasan atau bekas untuk pindahan tetap, boleh pindahkan dulu ke dalam bekas yang lebih besar supaya akar dapat berkembang.
Cambahan Kailan baka OP dah mencecah 2 inci tingginya. |
eh saya pun plan nak pindahkan tomato ceri dan kailan ke pasu besar. kedua-2 baru tumbuh daun sebenar 2 helai. sy akan terus ikut perkembangan tumbuhan tuan supaya dapat keep track.
BalasPadam:)
Padambaru menyemai 2 hari lepas.... dah nampak da... kali buat eksperimen keadaan medium semaian... tengok benih2 yang ambil masa lama seperti cili, ketumbar dan terung dan lain lagi mengambil berapa lama masa untuk bercambah....
BalasPadamanyway, salad butterhead saya da bercambah selepas sehari dicampakkan kedalam bekas salad lama....laju juga...
Menunggu benih bercambah ni suspense sikit. Bila dah bercambah, baru lega. :)
Padamtengah menunggu cambahan benih lain... itulah kadang trsangat suspen... ingat tak tumbuh, rupanya dia tumbuh cuma lambat je...huhuhu
PadamTuan,
BalasPadambenih kailan ni kecil, mcm benih sawi dan seumpamanya. Bila semai dlm tray semaian ni, bagaimana kaedah taburannya ye? Selama ni benih2 halus ni saya main tabur je terus atas tanah tp rasa mcm tak pro plak :D
Kalau benih sawi, boleh letakkan tiga biji benih dalam satu sel dulang semaian. Kalau dulang besar, boleh gaulkan dulu dengan tanah, kemudian baru tabur.
PadamBenih sawi masih besar jika dibandingkan dengan benih daun sup dan bayam. Kalau benih sehalus ini, gaulkan 1 pek benih dengan segenggam tanah kemudian taburkan di atas dulang semaian.
biji bayam tersangatlah halus...huhuhu... nasiblah biji2 sayur tak lebih halus lagi dari tu...kalau tak payah nak menanam...hehehe
PadamItulah yang kadang-kadang mematahkan semangat rakan-rakan untuk bertanam.
Padamcambahan tomato ceri ni berusia berapa hari ye En. Is? saya punya cambahan tomato selepas 3 minggu macam masih terlalu kecil :(
BalasPadamBenih disemai 4 1/2 minggu yang lalu. Memang perlahan. Bila dah mencecah 6 inci (15 cm) barulah pertumbuhannya akan cepat.
Padamwah! menduga juga ye progress tomato ceri ni. Kalau tak sabar, pasti ingat cambahan tak sihat
Padam4 1/2 minggu?! wah, mujurlah saya bertanya *phew*
BalasPadambaguznet, saya pun hampir-hampir rasa kecewa..hehehe n___n
Mula-mula aja lambat sedikit. :)
Padamtuan is tak nak k terbitkan buku yg khas ttg satu2 jenis pokok secara detail dan Q&A ttgnya?
BalasPadamNiat tu ada. Saya sedang mengumpul data. :)
Padam