| Cambahan Kailan baka OP di hari ke 2 selepas disemai. |
TanamSendiri.com adalah blog hobi menanam sayur serta pelantar untuk mendapatkan benih.
Tanam Sendiri is a Malay word for Grow Your Own. This blog is about growing your own food in your own backyard or containers.
Ahad, 8 April 2012
Cambahan Kailan OP Berumur 2 Hari
Benih kailan baka OP yang dikongsikan bersama untuk bulan ini amat galak percambahannya. Benih mula pecah pada hari pertama disemai dan pada hari kedua mula mengeluarkan set daun biji benih. Akarnya juga begitu galak tumbuh mencari ruang untuk menyerap air serta mengukuhkan kedudukan cambahan. Anda dapat lihat akar rerambut yang seperti kapas mencari lembapan.
Label:
cambahan kailan,
kalilan baka OP
| Reaksi: |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tabur saja, tak perlu tanam? even better! :D
BalasPadamSeeloknya ditanam sdalam 1/2 cm. Saya tabur untuk memerhatikan pertumbuhan awalnya.
PadamSalam..cantik la tunas kailan tu.keliling daun tu bewarna merah.Saya pun baru tanam kailan jugak..nanti saya post dalam blog.. emm saya nak beri penghormatan pada En. Iskandar untuk menjadi orang pertama menjenguk blog saya yang tak seberapa di http://kebuntepitepije.blogspot.com/
Padamsaya berharap sangat dapat maklum balas dari En. Iskandar.terima kasih
Permulaan yang baik. Dah boleh bayangkan tak lama lagi ruang tersebut akan penuh dengan tanaman. Tanah berbatu adalah perkara biasa di kawasan perumahan. Ia boleh diselesaikan dengan mudah, tapi badan akan basah dengan peluh. :)
PadamSelamat datang ke dunia blogging dan bertanam. :)
dah 3 bulan mandi peluh ni En.Is. hehe ;)
Padamkulit pun dah macam orang tinggal kat pantai.
tak sabar rasanya tengok kawasan dipenuhi tanaman tanam sendiri :)
:p saya pun dah makin gelap..asyik berjemur ja
Padamkunjungan gan .,.
BalasPadambagi" motivasi
keberuntungan selalu menghampri kita
hanya saja kita yg trkdng tdk brfkir demikian.,.
si tunggu kunjungan baliknya gan.,
tak sabar la pula nak mendapatkan biji benih ni.... tapi list beli masih tak siap lagi... tak tahu nak beli apa...huhuhuhu
BalasPadam:)
Padamtuan is... benih sayur ini ada ke??? sedap plak masa makan di cameron highland bulan lepas...
Padamhttp://www.zenxin.com.my/2009/wp-content/uploads/2008/12/Mini-Cos-UPR-low-res.gif
Kalau dari rupa, saya ada jual bawah nama sawi pahit. Nama aja sawi pahit tapi ditanam secara organik, tak pahit. Kulit sawi jenis ni tebal dan enak dibuat sup. Tak perasan, saya belum letakkan gambar dalam posting tersebut. :(
Padamhttp://www.tanamsendiri.com/2012/02/benih-untuk-dijual-sawi-pahit.html
biasanya orang panggil baby kailan... tak tahu la keluarga kailan ke bukan....
PadamBaby kailan adalah cambahan kailan yang dikumpul ketika proses menjarang. Sawi pahit seperti kobis cina tetapi batangnya lebih tebal dan membentuk jantung sedikit (semi cos). Ia popular dijadikan sup. Amat enak. Walaupun dikenali sebagai sawi pahit, apabila ditanam sendiri, rasanya tidak pahit. Mungkin kerana saya gunakan baja organik, bukannya baja kimia. Pembekal benih berpendapat rasanya kurang pahit kerana tanah yang digunakan. Batch pertama telah habis. Wallahualam.
PadamSaiz bijinya besar sedikit daripada saiz bini sawi. Ia mempunyai saiz yang sama dengan biji kobis. Sekarang hanya tinggal 20 pek sahaja.
takpe nanti beli.... simpankan kalau ada.....
PadamOK, saya simpankan. :)
PadamSaya je x sempat lagi nak semai lagi.. Benih dah dapat :).. Minggu ni banyak kenduri kahwin pula.. Sempat siapkan medium semaian je..
BalasPadam:) Minggu depan burn lemak yang terkumpul masa kenduri.
PadamYup, x minggu depan, hari rabu ni :)..
Padam:)
PadamRoot hairs yang elok tanda pertumbuhan anak benih yang sihat. Setakat ini semua biji benih yang dikirimkan oleh en Is bernas.
BalasPadamAlhamdulillah. Saya harapkan semuanya tumbuh hingga dapat dituai.
Padambetul.benih semuanya bernas. cuma terung ja tak naik2. salah saya kut. pot terung dah naik sprout..tapi mungkin cili kut...saya recycle air basuhan sayur..mungkin tersesat biji cili ke situ..
PadamTerung ambil masa yang lama sedikit untuk bercambah. Semaian juga perlu diletak ditempat gelap atau ditutup dengan plastik hitam selama 48 jam selepas disemai. Saya nak letak cara menyemai terung, cuma belum berkesempatan. :(
Padamuntuk menuai kailan memerlukan masa berapa lame?
BalasPadam6 hingga 8 minggu. Tengok keadaan. Kalau tempat teduh atau kurang air atau baja kadang-kadang sampai 10 minggu.
Padam