Salad Butterhead adalah dari jenis Salad Perancis yang membentuk jantung, tahan penyakit dan mudah tumbuh di negara kita. Tanam di kawasan teduh kerana salad ini tidak tahan terik matahari di waktu tengahari.
Setiap pek mengandungi 50 benih secara purata. 5 pek dijual dengan harga RM10. Jumlah adalah terhad. Buat pesanan dengan segera.
Cara Memesan Benih
![]() |
| Salad Butterhead |
![]() |
| Benih Salad Butterhead. |


Saya pernah tanam salad ni. Bijinya tak boleh ditanam terus ke dalam tanah kerana cahaya matahari adalah salah satu faktor untuk ia bercambah. Boleh en Is terangkan sedikit cara semaian benih salad ni? Saya biasanya letakkan sahaja biji benih ni di atas talam semaian dengan meletakkan sedikit pasir di atasnya supaya tak terbang ditiup angin.
BalasPadamMemang benar, kalau terdedah pada cahaya yang terang benih salad tak tumbuh. InsyaAllah saya akan tunjukkan cara yang saya gunakan. :)
Padammacam mane cara semaian yang sesuai untuk salad nie???
BalasPadamInsyaAllah akan dimasukkan dalam posting yang akan datang.
Padammcm mana cara saya nak order benih salad ni?
BalasPadamsalam en.is..sy pengunjung baru web ni..nk tnye,benih utk brussel sprout ade tak?bleh ke tanam kat malaysia?tq
BalasPadamSaya sendiri pun ada cari benih tersebut. Apa yang saya tahu, pucuk Brussel Sprout tak akan tertutup kalau tanam di tempat iklim panas dan lembap. Cik purple boleh cuba kailan tapi tuai masa kecil. :)
PadamSalam. Salad butterhead ni sesuai tak ditanam dalam pasu? Bagaimana cara menanamnya? Boleh en. Is syorkan jenis salad lain yang sesuai tanam dalam pasu? Terima kasih.
BalasPadamhttp://kembara2jiwa.blogspot.com
Waalaikum salam Zuliza. Semua salad yang disenaraikan dalam blog ini boleh ditanam dalam pasu. Biasanya saya semai atas tanah, waktu menjarang, salad dialih ke dalam pasu. Sebahagian lagi dibiarkan atas tanah.
PadamSalam,benih salad butterhead ada lagi x?
BalasPadamYa, benih tersebut masih ada dalam stok.
PadamSedih benih salad butterhead taknak bercambah. Da 6 hari semai masih dalam keadaan begitu. Tanah yang digunakan adalah tanah yang sama saya semai sawi menang dan kailan. Apa ye puncanya?
BalasPadamSaya perlukan lebih lagi maklumat.
PadamSalam,
BalasPadamEnn Is tak de jual iceberg salad ke? Saya suka betul tapi sukar nak dapat.
Ada, ia dinamakan salad General. Terima kasih kerana ingatkan saya, lupa nak masukkan dalam senarai benih untuk dijual.
Padam