“Aik, bela cacing tanah, lonely
sangat ker, Atau cacing cacing yang lonely....?” tegur kawan dengan nada yang sinis.
Hmmmm.... cacing tanah mana ada lonely. Kalau ada seekor pun, cacing boleh “Settle
sendiri.” Jadi, bila kutip cacing, janganlah
risaukan sangat dengan masalah cacing
tu.
Cacing tanah adalah makhluk hermaphrodite. Tau apa itu hermaphrodite? Cacing ada dua-dua-- alat jantan ada, alat
betina pun ada. Bila cacing tanah kesunyian,
tiada masalah. Ia masih akan membiak. Jadi kalau
cacing nampak sombong tak mau bertegur sapa, faham-faham ajalah. Cacing tanah tak perlukan cacing tanah yang
lain. I can live without you!
Tapi dalam keadaan biasa, cacing tanah masih ramah, kerana kalau ada
pasangan, ia lebih gembira.
Banyak benda yang orang tak tahu tentang cacing ni. Ada orang fikir, cacing tanah makan dalam
tanah. Sebenarnya cacing tanah adalah “surface
grazer.” Maksudnya, cacing tanah kebiasaannya
makan di permukaan tanah. Ia naik ke
atas untuk makan. Tapi kalau kita gaul
makanan di dalam tanah, ia makan juga.
Oleh sebab cacing tanah adalah kesukaan burung dan ayam yang makan di waktu
siang, cacing tanah keluar di waktu malam.
Sebab itu cacing tanah kadang-kadang di kenali sebagai “nite crawler”
atau “perayap malam”.
Jadi kalau nak cari cacing yang paling sihat, jangan gali tanah. Bila terkena cangkul atau ditarik keluar dari
lubang, cacing tanah akan tercedera.
Cara terbaik, selepas solat subuh, bawa satu baldi kecil dan merayau di
padang atau di kawasan tanaman. Kalau
nampak timbunan bintil-bintil sebesar manik tanah dalam segenggam, perhatikan
kawasan tersebut. Pasti ada cacing tanah
kerana timbunan tersebut adah tinja cacing hasil buangan apabila cacing
mengorek tanah.
Dulu saya pernah uji samada sukar memburu cacing tanah. Saya beberapa tin susu pekat manis kosong dan
merayau di kawasan berumput sepanjang pantau Batu Buruk, diu Kuala
Terengganu. Kawasan tersebut saya anggap
paling susah nak jumpa cacing kerana kawasan tersebut panas di waktu siang dan
berpasir. Selepas berjalan kira-kira 50
meter, saya berjaya mengutip 2 tin cacing yang tidak sempat masuk semula ke
dalam tanah ketika matahari naik. Itu di
kawasan pesisir pantai, bayangkanlah kalau di padang bola atau di halaman rumah
yang mempunyai tanah yang subur!
Barangkali kalau keluar memburu cacing selepas subuh, berapa tin susu
pekat manis rakan-rakan dapat penuhkan dengan cacing tanah yang sihat?
Bersambung...
Pautan Cara Memesan Benih Pautan Benih Untuk Dijual
ewwww.. kawasan rumah saya banyak cacing. depan rumah punya cacing manja sikit, gerak pun perlahan. kalau jumpa saya letak dalam pasu then dia masuk sendiri. Tapi yang di belakang rumah punya aktif. gerak laju mcam ular. saya geli nak pegang. maybe maybe sebab kat belakang lebih teduh cacing2 pun kuat :P
BalasPadamYang gerak macam ular dan wayna berkilau tu spesies lain.
Padamyang bergerak laju2 tu selalu panggil cacing kerawit... tapi bukan spesis yang masuk dalam perut kita tu ye....hehehehe
Padamye ke. saya memang meremang kalau cacing tu. thats why belakang rumah saya letak container nak tanam2. takut nak gali tanah.
Padamtanam je kat tanah... pasti gemuk2 pokok yang ditanam....
Padamtuan is, tajuk ada sala sedikit.... sepatutnya episod 4....hehehehee
Oh ya, tak perasan. Terima kasih zicron21ck. :)
PadamTuan, saya musykil sikit, kadang2 terfikir bagi anak2 makan sayur organik ada risiko kena cacing tak? esp sayur yang rendah2 macam sawi ni.
BalasPadamCacing yang hidup dalam usus manusia, spesies lain. Risiko tersebut dah tiada, kecuali kalau ada yang masih buang dalam semak!
PadamHehe, rasanya masih ada lagi tu :)..
Padamsebenarnya infeksi cacing pd masa kini almost tiada dah kecuali dikalangan kanak2 org asli. sbb mereka masih amalkan cara hidup yg kurg sihat..cth tak pakai selipar, takde proper toliet, minum air tak masak..
Padamlg satu, cacing tanah yg En. Is maksudkan tu bkn jenis yg infect pd manusia..so xperlu risau pasal cacing..
Wah, banyak tu.. Tak terbayang banyaknya :)..
BalasPadamP/s : Teringat kat Pantai Batu Buruk.. Kalau balik kampung, mesti selalu singgah Pantai Batu Buruk sebab dekat je dengan rumah arwah atuk..
Ya, banyak. Kalau nak memburu cacing tanah, keluar awal, ketika tanah masih lembap.
PadamOwh... nite crawler... pasti di rumah saya pun ada walau tanah keras kematu waktu panas sbb suatu ketika saya pernah buat batas dan perap tinja kambing di batas itu, byk juga cacing yg kelihatan.
BalasPadamMgkn saya boleh jumpa kalau saya cuba cari pada waktu mlm
Jangan lupa bawa lampu suluh ye tuan.. Hehehe :)..
Padamye tak ye jugak... di mana lampu suluh saya telah menghilang... kadang-kadang tertanya-tanya, ada ke cacing di tanah yang keras seakan batu bila tiba musim panas kering
PadamBila keadaan tidak sesuai, cacing tanah akan merayap (pindah) ke tempat yang lebih sesuai.
Padamsy penggeli dgn cacing dan specis ulat beluncas. semlm potong kobis nak masak, sekali tgah potong2 tu terpotong cacing. terus buang semua kobis tu. geli tengkuk rasa.
BalasPadam:)
Padam:D
Padam