Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 25 April 2012

Bela Cacing Untuk Baja, Bahagian 3 daripada 20


Cacing tanah ni agak lemah sedikit.  Maksudnya, kita kena kendalikan dengan betul.  Misalnya ketika menggali tanah, jangan sampai cacing tanah tercedera. 

Ada orang kata, cacing tanah kalau putus dua, kedua-duanya akan hidup.  Amboi amboiiii, jadi kalo nak 10 ekor cacing tanah, cari 5 ekor sudahlah.  Kerat 2 nanti dapat juga 10 ekor.  Mana ada.  Cacing tanah hanya ada satu jantung yang ringkas.  Kalau terputus dua, kalau bernasib baik, bahagian yang ada jantung akan hidup.  Bahagian satu lagi akan mati.  Itu kalau bernasib baik.  Biasanya, kedua-duanya akan mati.

Ada orang risau kalau bela cacing tanah, makhluk tersebut akan menyebabkan pembelanya terkena penyakit.  Sebenarnya manusia amat berbahaya kepada cacing tanah, dan bukan sebaliknya.  Jadi bila mengumpul cacing tanah untuk dibela, elakkan memegang cacing tanah dengan tangan yang terdedah.  Lapisan gris yang ada pada tapak tangan kita akan terlarut dalam lendir pada badan cacing tanah, dan mungkin akan membunuh cacing tersebut.  Seeloknya pakai sarung tangan getah atau sarung tangan plastik PET ketika mengendalikan cacing tanah.  Jika anda seorang perokok, mesti pakai sarung tangan.

Ok, jadi apa lagi yang boleh membunuh cacing tanah?

Cacing tanah sebenarnya adalah makanan yang enak.  Elakkan daripada semut gatal, katak, burung, ayam dan itik.  Kalau semut gatal menemui bekas yang mengandungi cacing tanah, gerenti seluruh cacing tanah dalam bekas tersebut akan menjadi habuan semut gatal. 

Apa guna lendir pada badan cacing tanah?

Cacing tanah tidak mengandungi paru-paru.  Lendir pada badan cacing tanah membantu melarutkan oksigen sepaya dapat diserap oleh cacing tanah.  Lendir juga melicinkan pergerakan cacing tanah.  Kalau cacing tanah kekeringan, ia akan mati.
Jadi, untuk mempastikan cacing tanah yang diambil hidup, jangan kerat cacing tanah, pakai sarung tangan ketika mengendali cacing tanah, pastikan  ia tersimpan di tempat lembap, dan jauhkan daripada semut gatal, katak, burung, ayam, dan itik.
Bersambung...

Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

13 ulasan:

  1. salam. saya nak tanya baja cacing ni (vermicompost) ni ada expired tak? atau potensi dia berkurangan tak jika dah lama?. saya punya baja yang di beri orang tu rasanya dah hampir 4 tahun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada. Kompos kalau disimpan lebih lama, lebih terurai bahan kompleks didalamnya, kualitinya lebih baik.

      Padam
  2. saya tahu cacing ni bagus untuk tanah + tanaman... tapi saya geli... huhu...

    BalasPadam
  3. tak sabar nak tunggu cerita selanjutnya...huhuh macam drama bersiri la pula...

    camni guna cara paling cepat, ambil tanah dikawasan banyak cacing2 membiak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. patut pisang kat rumah lama tu buah sentiasa besar2... padahal kawasan lain, masuk je generasi ketiga, keempat da kemetot.... rupa2nya cacing2 tu bagi baja setiap hari....huhuhu

      camni kena bawak baldi ambil tanah....hehehe

      Padam
  4. saya baca dan perhati dari jauh, sambil salin nota..penjagaan cacing.Terimakasih tuan Is.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga buat projek sains, untuk Earthday. Pelajar pasti akan minat sains selepas ini. :)

      Padam
  5. Salam tuan,

    Selain menghasilkan vermicompost, cacing tanah juga membantu dari segi pengudaraan tanah kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu. Cacing membaiki struktur tanah. Lorong laluannya membuka laluan untuk oksigen. Kalau tanam atas tanah, cacing juga boleh dijadikan penentu kesuburan tanah. Tanah yang subur kalau digali akan ada banyak cacing. Kalau terjumpa 10 ekor cacing dalam 1 kaki persegi, itu tandanya tanah suvbur dan sesuai untuk bertanam. Kalau tanah terlalu berasid atau alkali, cacing tidak berkunjung.

      Padam
    2. Kita mendapat manfaat dengan kehadiran cacing tanah.. Selain menghasilkan baja dan membaiki struktur tanah, ianya juga bertindak seperti indicator untuk kita mengetahui tahap kesuburan tanah tu.. Besar jasa cacing tanah pada manusia :)..

      Padam