Kalau nak bela cacing tanah, kenalah ada cacing
tanah. Saya guna cacing tanah biasa aja,
yang saya gali kat batas dalam laman rumah.
Kalau tak ruang kat laman, boleh dapatkan aja kat kedai pembekal alatan
memancing. Mereka biasanya ada jual
cacing tanah untuk umpan memancing. Tapi
biasanya cacing umpan tak gemuk... Halus aja.
Tak perlu risau cacing tanah gemuk sebab badan
berisi air. Bila terkejut, cacing tanah
akan keluarkan cecair badan supaya nampak kurus. Supaya tak menarik. Kalau menarik kena makan. Nanti
bila dah dibela, ia serap lembapan, akan kelihatan gemuk semula.
Kalau gemuk macam mana pun, cacing tanah kat
negara kita tidaklah sebesar cacing tanah kat Amerika Utara. Cacing tanah kat sana besar besar belaka. Kat sana cacing tanah dikenali sebagai “night
crawler.”
Cacing tanah, kalau bahasa sains adalah dari
keluarga Lumbricus.
Ish ish ish, ada yang akan komen, mana boleh bela
cacing tanah. Matilah cacing tanah kalau
bela dalam tong. Nak kena bela cacing
merah.
“Apa bezanya cacing tanah dengan cacing merah?”
Oklah. Saya ni macam ketinggalan
sikit. Bela cacing tanah tak glamour.
Bela cacing merah lagi glamour. Tak mati dalam tong nanti?
Cacing merah juga dikenali sebagai cacing harimau atau cacing taik, oops
cacing tinja. Ia lebih kecil daripada
cacing tanah, cepat membiak dan gemarkan makan tinja. Ia tahan kata promoter.
Cacing merah dalam bahasa sains dikenali sebagai Eisenia foetida.
Betul tu, tapi kalau nak guna cacing yang fancy fancy sampai bila
pun kita tak kan buat vermicompost.
Sebabnya, mana nak dapat? Kenapa
nak susah-susah. Gunalah cacing kat
laman tu. Lagi pun bukannya kita nak
buat bisnes cacing. Kita nak dapatkan
baja berkualiti daripada sisa dapur.
Kita tak nak membazir. Kalau nak
guna cacing merah, nak kena beli lagi... Itu tak apalah kalau ada pembekal. Ini nak cari pembekal pun susah.
Lagi pun, nanti sisa cacing (vermicompost) kita nak letak dalam tanah. Pasti ada telur cacing dalam bahan
tersebut. Mengapa nak perkenalkan
species lain ke dalam tanah sedangkan dalam tanah dah ada cacing tanah. Ini macam letakkan pendatang tanpa izin ke
dalam kampung. Pasti keseimbangan
komuniti akan tergangu nanti. Dalam organic
gardening, keseimbangan adalah penting!
Jadi jangan nak lebih lebih. Kita
guna cacing tanah aja. Cepat mati? Gajah pun kalau salah cara bela, boleh mati
juga.
Jangan risau, tak matinya kalau kaedah yang kita gunakan kaedah yang
betul. Lambat membiak? Tak apalah, bukannya nak jual cacing. Nak buat kompos aja. Lagi pun cacing hanya tau makan membiak,
makan membiak, makan membiak.... Lambat macam mana lagi tu?
Mana cangkul? Nak pergi gali cacing
ni!
Sabar dulu, kita cerita tentang cacing tanah dulu.
Bersambung...
Pautan Cara Memesan Benih Pautan Benih Untuk Dijual
Assalammualaikum tuan,
BalasPadamnak buat baja sendiri ni.Saya dah sedia surat khabar lama, tebal lebih kurang 2 kaki surat kabar tu, rumput segar..waktu membersih kebun, saya kumpul rumput2 hijau tu.sisa buangan dari dapur..sedang dlm proses..apa lagi yg .perlu saya sediakan utk.proses seterusnya tuan Is?..terimakasih..
Wah, you did your homework good. :) Semua bahan tu dah betul. Sisa dapur mesti sisa mentah, bukan sisa yang telah masak. Kalau macam ni saya mesti cepat lengkapkan artikel. :)
Padamhehehe lambat lagi lah proses baja ni..dah kena tunggu artikel tuan Is siap..tak boleh ke, bagi je..macam kongsi resepi ikan tenggiri masak mutiara tu.hahaha.
BalasPadamYang sebetul nya, nak tanya ni..bekas atau tong untuk menyimpan benda2 yg dinyatakan dlm soalan pertama tu, buat macam mana..tong bertutup ke, atau gali lobang dlm tanah ke?..dalam perkiraan saya nak beli tong sampah plastik yg bertutup, rasa nak jeruk benda2 tu kat situ aje, beli tong saiz besar, cara tu boleh ke..tahan ke tong tu?..berapa lama tempoh pemerapan?..maaf lah banyak tanya ni.Terimakasih tuan.
Tong plastik tertutup atau tong sampah plastik boleh digunakan, tetapi perlu ditebuk lubang terlebih dahulu. Kalau tidak cacing akan kekurangan oksigen dan mati dan bakteria anaerobik akan mengambil alih. Jadi, kedudukan lubang perlu sesuai.
PadamOleh sebab itu perlu tunggu artikel lengkap. :)
ahh macam tu gaya nye...hehehe..kena sabar lah ni..
BalasPadamapa pun terimakasih mengembalikan emosi aku dgn.gambar2 sayur dari kebun tanam sendiri tu..saya nak tanam juga.
cacing da ada... gemuk2 kat depan rumah... yang lain mungkin bekas la kot....sisa2 hijau, rasanya dekat belakang rumah ada banyak pokok rumput...heheheh kat tempat penanaman jagung tu pun banyak sumber hijau...
BalasPadamKalau sisa rumput dan jagung, saya rasa lebih sesuai buat kompos di luar rumah. Untuk kaedah yang akan dibincangkan, lebih sesuai untuk sisa dapur serta tinja arnab atau kambing.
Padamsisa dapur dengan tinja kambing... owh... dah siap yang itu. Cadang nak bela dlm bekas gabus sahaja sbb ternampak ada org buang bekas gabus. Ada yg free, buat apa nak belanja lebih, ye tak? :D
PadamSaya syorkan bekas plastik yang mempunyai dinding yang nipis kerana bekas gabus dindingnya tebal dan kemungkinan liang yang ditebuk tersumbat tinggi. Kalau buat lubang yang besar menjadi laluan cacing tanah untuk "lari." Apa-apa pun, semuanya hanya pendapat aja.
Padamowh... bekas perlu dilubangkan? di bahagian atas atau bawah dpd paras tanah? Untuk tujuan apa sebenarnya?
PadamCacing tanah juga perlukan oksigen. Kalau bekas tertutup, cacing tanah akan mati.
PadamSalam tuan,
BalasPadamSaya dah praktiskan penggunaan cacing tanah untuk menguraikan tinja arnab yang saya bela.. Saya menggunakan kereta sorong kerana ianya mudah untuk digerakkan kemana-mana..
Caranya, tinja² arnab tersebut saya bilas dengan air supaya air kencingnya dapat dikurangkan.. Kemudian, tinja arnab tersebut saya jemurkan dibawah cahaya matahari selama 2 hari sebelum diletakkan sekampit tanah hitam yang dibeli dari nurseri.. Kemudian cacing² tanah diletakkan kedalam campuran tadi.. Selepas seminggu, hasilnya mula kelihatan dan saya mengulangi langkah tersebut.. Hasil yang diperolehi amat memuaskan.. Pokok anggur yang ditanam mula hidup subur.. Bunga petunia mula mengeluarkan bunga dengan banyaknya.. Benihnya juga saya kumpulkan untuk dibiakkan lagi.. InsyaAllah, sekiranya dah banyak, saya akan kongsikan bersama rakan² didini.. Pokok kangkung dan kacang buncis tumbuh dengan galaknya..
Apa yang saya dapat perhatikan disini ialah campuran sabut kelapa, tanah hitam dan tinja aranb yang telah diuraikan secara semulajadi oleh cacing tanah tersebut amat membantu tumbesaran pokok terutamanya ketika dalam proses semaian.. Walaupun sabut kelapa mudah kering dalam cuaca panas, kehadiran tanah hitam sedikit sebanyak dapat membantu menampung simpanan air didalam tanah.. Kelebihan sabut kelapa ni pula ialah ianya dapat membantu proses pengudaraan tanah..
Mungkin tuan dapat memberi idea atau pendapat mengenai cara saya ini :)...
Ini cara outdoor. Kaedah ini sama dengan cara membuat kompos biasa. Memang efektif. Air basuhan tinja arnab kaya dengan nitro, boleh juga dibuat baja. Cara yang saya akan bincangkan tidak akan basuh tinja arnab. Maksud saya, cara yang akan dibincangkan lebih kepada membela cacing secara indoor iaitu bekas diletakkan di bawah sinki. Jadi sisa dapur dapat dimasukkan dalam bekas tanpa perlu keluar rumah.
PadamTerima kasoh tuan :).. Betul, tu cara outdoor.. Hehe.. Cara indoor tu macam menarik :).. Jadi selepas ni kita boleh lah asingkan sisa² buangan dapur, iaitu yang mana boleh digunakan untuk menghasilkan vermicompost, dan yang mana tidak sesuai.. :)..
PadamX sabar nak tunggu ni :).. Hehe..
salam tuan, salam sir..tertarik cara outdoor yg.dipaparkan oleh sir syahmi ni..tapi tak jumpa blog sir tentang hal..tanam sendiri..kongsilah, kalau sudi.Terimakasih.
BalasPadamInsyaAllah, sekiranya berkelapangan, saya akan draft kan cara² yang saya praktik kan bersama gambar².. Dan yang pastinya, untuk mempelajari ilmu dengan lebih mendalam, kena la menuntut dengan Tuan Iskandar kita ni.. :).. Banyak lagi yang perlu saya pelajari dalam hal² berkaitan ilmu pertanian ni daripada beliau..
Padam:)..
Klo nk beli cacing spe ad jual??sy bkak kdai pncing...klo ad ssiapa nk jual bole search sy di fb mierul ferry...trima kasih
BalasPadamassalam tuan,,akhirnya saya jumpa cara nak bela cacing ni..ada kat fb kit jual cacing rm200 mcm tak berbaloi pulak..ok, sbb tip boleh guna cacing pancing nnt boleh buat projek bela cacing..tq tuan..
BalasPadam