Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 20 April 2012

Bela Cacing Untuk Baja, Bahagian 1 daripada 20

Bila sebut aja nak bela cacing, macam-macam reaksi akan timbul.  Ada yang ok, ada yang asyik tanya, kenapa kenapa kenapaaaaa?  Tak busuk ker? tak kotor ker? dan macam-macam lagi.  Alarrr tak tengok kat TV tu, orang putih, bagi duit sikit ajer dah sedut cacing tanah idup-idup macam makan spaghetti.


“Tak busuk ker?” 
Tak.  Bau tong sampah yang mengandungi sisa dapur sementara menunggu pihak kontraktor bandaran datang pungut jauh lebih busuk.  Kalau lori sampah mampatkan sampah tepi rumah, itu jauh lagi busuk.  Err, minta maaf yer, pekasam lagi busok.  Petai?  Lagi kuat bau dari tong tanah.  Paling berbau pun kalau campuran tak kena... Macam bau air “cor” kata orang Ganu.

“Tak kotor ker?” 

Benda idup dalam tanah, takkan bersih hingga menciutkan.  

Beberapa tahun dulu ada saya baca tentang menternak cacing ni.  Ada kata cacing tanah dijual sehingga RM900 sekilo. 

“Siapa beli ni?” 

Saya pun boleh letak harga cacing tanah sejuta sekilo, tapi ada ker orang beli?  

Ada kata cacing tanah diproses buat base untuk kosmetik, ada yang syorkan cacing tanah digunakan sebagai protein, makan buat gula-gula.  Hmmm kalau nak cium awek yang pakai gincu tebal-tebal, fikir sekali lagi.  Mana larr tahu base gincu tu dibuat dari protein cacing tanah .... 
Tak, saya tak makan cacing tanah, tak proses buat kosmetik, atau jadikan sumber protein anak-anak negara miskin.  Saya bela cacing tanah sebab nak dapatkan baja dengan lebih cepat.  Saya bela cacing tanah sebab tak mahu membazir sisa buangan dapur.  Saya bela cacing tanah sebab masa tu cool bila orang tahu bela cacing tanah. Masa tu, cacing tanah "was the thing."  He he.  Errr, sebenarnya masa tu ternak cacing untuk "buy back" menjadi alat scammer dalam skim piramid.  Ramai yang terkena.

Bela cacing tanah untuk baja dikenali sebagai vermicomposting.  Ia adalah satu kaedah menggunakan cacing tanah untuk menukarkan sebahagian daripada sisa dapur kepada kompos yang berkualiti tinggi.  Kaedah ini sesuai digunakan jika anda masak di rumah.  Ia adalah kaedah yang bersih, dan menjimatkan wang.  

bersambung...
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

17 ulasan:

  1. hehe

    Hmmm kalau nak cium awek yang pakai gincu tebal-tebal, fikir sekali lagi. Mana larr tahu base gincu tu dibuat dari protein ccacing....

    lawak le ayat ni..

    BalasPadam
  2. cool la ayat2 dalam entry ni.... :) saya gunakan baja cacing tanah la.. kalau nampak pokok daun kecik letak ni mesti besar (kata kakak saya)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu, tanaman menggunakan baja vermicompost cepat besar.

      Padam
  3. kat depan rumah tu ada tanah tepi jalan.... tanah tu banyak cacing2.... korek untuk tanam pisang, nampak banyak... ingat boleh ternak cacing ni untuk buat baja.... tapi risau mati plak cacing tu nanti...huhuhu... takut makan atau keadaan dia tak sesuai....

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah akan tunjukkan cara mengendali cacing tanah dengan cara yang terbaik.

      Padam
  4. aslm en.is,benihyang dipesan dh selamat smpai,tq siap bagi free benih..dan saya mintk izin en,is utk tepek gmbar kailan di belakang umah(gmbar anak en.is dgn kailan)di blog saya...
    http://aduhaianak.blogspot.com/2012/04/semangat-mak-tani.html
    en.is,nanti tunjukkan la cara nak buat baja guna cacing tanah tu,mcm nak try jgk ,....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Nanti bolehlah menyemai pula.
      Ya gambar tersebut boleh digunakan dalam blog, saya izinkan. Seeloknya nyatakan sumbernya.

      Ya, saya akan tunjukkan. Kena follow label "bela cacing" atau "vermicomposting." :)

      Padam
  5. ya saya dh nyatakan sumbernya...terima kasih2...jom la singgah tgk

    BalasPadam
  6. uh oh..ini memang 'sesuatu'..sepupu saya ada bela cacing ni untuk baja tapi tak pernah pun saya pergi ke ladang cacing dia..nanti En. Is ajar lah cara ibu2 kalau nak bela cacing ni untuk buat kompos sisa dapur - tanpa perlu pegang cacing tu LANGSUNG..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seeloknya kita tak pegang cacing tanah tu kerana cacing tanah mungkin akan mati jika dipegang. Gris serta bahan lain yang ada pada kulit kita berbahaya kepada cacing tanah.

      Padam
    2. hehe..saya nampak je cacing dah menggeletar..terasa2 macam ada kat tengkuk je :p

      Padam
    3. wani sc, guna chopstick yang dah x pakai lagi :)..

      Padam
  7. siri artikel menarik nie... nak kena cari bahan2 perlu untuk bela cacing lepas nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu baguznet..teruja nak tau, 'walaupun'....heh

      Padam
    2. Sabar dulu, tunggu saya post artikel dulu. Untuk dapat hasil yang memuaskan, perlu faham tabii cacing tanah terlebih dahulu.

      Padam
    3. Terima kasih tuan. Kat rumah saya ni, saya pernah 'perap' tanah dgn tinja kambing, 'datang' cacing bantu gembur tanah... lepas ni blh la kot 'panggil' lagi utk bela pulak :D

      Padam