Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 9 April 2012

Bagaimanakah Caranya Untuk Selamatkan Pokok Yang Kekeringan

Anda balik kampung dan disepanjang ketiadaan anda, tiada hujan turun.  Pokok yang dalam bekas semuanya mati kekeringan.  
Lazimnya apabila tidak disiram, pokok di dalam bekas akan kekeringan kerana jumlah air di dalam bekas adalah terhad.  Tumbuhan di atas tanah biasanya tidak kering kerana akarnya boleh merayap jauh mencari air.
Sabar dulu, jangan dibuang pokok yang kering tersebut.  Ia mungkin belum mati.  Untuk selamatkan pokok di dalam bekas yang kekeringan, ikut langkah berikut.

1.  Isikan air ke dalam baldi sehingga paras yang lebih dalam daripada saiz bekas atau pasu pokok.
2.  Rendamkan bekas dan pokok di dalam baldi sehingga semua buih keluar daripada bekas.
3.  Biarkan 15 minit lagi.
4.  Keluarkan bekas daripada baldi dan letakkan di tempat teduh.
5. Ulangi langkah 1 hingga 5 di sebelah pagi dan petang selama seminggu atau sehingga pokok tumbuh (hidup) kembali.

7 ulasan:

  1. macam beri bantuan pernafasan juga ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Talian Hayat ni :).. Hehe.. Terima kasih diatas info yang berguna ni.. Boleh dimasukkan kedalam buku log pertanian :)..

      Padam
  2. Saya dah cuba untuk selamatkan anak pokok durian belanda, yang saya sangkakan sudah mati. Batang pokok ada kelihatan kehijauan, dan tunas sudah mula menunjukkan tanda-tanda untuk bertunas. Terima kasih En.Is atas maklumat ni.

    BalasPadam
  3. alamak.. kalau bekas pokok lagi besar (tapi pokok kecik aje) macam mana ye,, boleh siram banyak2 air ke ?

    BalasPadam