Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 30 April 2012

Bela Cacing Untuk Baja, Bahagian 5 daripada 20


Anda mungkin telah menggunakan perkhidmatan cacing tanah secara tidak disedari.  Selalin daripada menggemburkan tanah dengan membuat terowong di dalam tanah, cacing tanah juga membantu mencepatkan proses penguraian bahan organisma dengan mencernakannya.

Jika membuat kompos sendiri secara terbuka di atas tanah di halaman rumah, anda mungkin perasan selepas seketika tanah seolah-olah meresap masuk ke dalam timbunan bahan organik, misalnya keratan daun dan rumpai.  Ini kerana cacung tanah telah keluar daripada tanah dan mula memakan bahan tersebut.  Tinja cacing membentuk lapisan tanah seolah-olah meresap masuk di dalam timbunan bahan organik.



Keratan rumpai atau sisa organik yang dibiarkan mereput di atas tanah.

Cacing tanah mula memakan keratan rumpai dari bawah.  Ketaka makan, cacing tanah menghasilkan tinja iaitu rumpai yang dicerna.



Tinja cacing iaitu bahan kompos yang dikenali sebagai vermicompost terkumpul membentuk timbunan di lapisan bawah keratan rumpai.  Bahan tersebut adalah baja berkualiti tinggi.


Cacing tanah di dalam vermicompost yang berkualiti tinggi.

Cacing tanah hanya akan memakan bahan organik daripada bawah dan tidak akan memasuki timbunan kompos hingga ke dalam kerana timbunan kompos mempunyai suhu yang tinggi kerana proses pereputran oleh mikroorganisma.  Cacing akan mati kepanansan jika memasuki timbunan tersebut.

Lapisan tersebut adalah baja kompos yang sangat elok untuk tanaman.  Tanaman yang ditabur  lapisan tersebut tumbuh dengan subur dan pertumbuhannya amat galak.  Jika membuat kompos secara terbuka jangan sekali-kali gunakan sisa dapur yang telah dimasak kerana ini akan menarik perhatian lalat, tikus dan makhluk perosak yang lain.

Bersambung....

Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

Sabtu, 28 April 2012

Gambar Hari Ini -- Buah Bendi

Buah bendi enak jika dicelur dan dicicah sambal lada ketika makan nasi, atau dibuat lauk.  Saya gemarkan kari yang dicampur kacang bendi. :)

Putik dan bunga bendi.

Buah bendi di hari berikutnya.

Jumaat, 27 April 2012

Musim Bunga Di Laman Rumah

Orang lain merempuh salji baru dapat menikmati musim bunga.  kita, bila-bila masa pun musim bunga.  Itulah nikmatnya kalau bertanam sendiri.


Bunga Kumquat

Bunga Telang

Bunga Roselle
Bunga Kemunting Cina

Bunga Alamanda

Bunga Petunia

Bunga Senduduk

Bunga Tongkeng

Bunga Cili

Bunga Sawi

Bunga Terung

Bunga Kosmos

Bunga Selasih
Bunga Teratai

Khamis, 26 April 2012

Bela Cacing Untuk Baja, Bahagian 4 daripada 20

“Aik, bela cacing tanah, lonely sangat ker, Atau cacing cacing yang lonely....?”  tegur kawan dengan nada yang sinis.

Hmmmm.... cacing tanah mana ada lonely.  Kalau ada seekor pun, cacing boleh “Settle sendiri.”  Jadi, bila kutip cacing, janganlah  risaukan sangat dengan masalah cacing tu.

Cacing tanah adalah makhluk hermaphrodite.  Tau apa itu hermaphrodite?  Cacing ada dua-dua-- alat jantan ada, alat betina pun ada.  Bila cacing tanah kesunyian, tiada masalah.  Ia masih akan membiak.  Jadi kalau cacing nampak sombong tak mau bertegur sapa, faham-faham ajalah.  Cacing tanah tak perlukan cacing tanah yang lain.  I can live without you!
Tapi dalam keadaan biasa, cacing tanah masih ramah, kerana kalau ada pasangan, ia lebih gembira. 
Banyak benda yang orang tak tahu tentang cacing ni.  Ada orang fikir, cacing tanah makan dalam tanah.  Sebenarnya cacing tanah adalah “surface grazer.”  Maksudnya, cacing tanah kebiasaannya makan di permukaan tanah.  Ia naik ke atas untuk makan.  Tapi kalau kita gaul makanan di dalam tanah, ia makan juga.  

Oleh sebab cacing tanah adalah kesukaan burung dan ayam yang makan di waktu siang, cacing tanah keluar di waktu malam.  Sebab itu cacing tanah kadang-kadang di kenali sebagai “nite crawler” atau “perayap malam”.

Jadi kalau nak cari cacing yang paling sihat, jangan gali tanah.  Bila terkena cangkul atau ditarik keluar dari lubang, cacing tanah akan tercedera.  Cara terbaik, selepas solat subuh, bawa satu baldi kecil dan merayau di padang atau di kawasan tanaman.  Kalau nampak timbunan bintil-bintil sebesar manik tanah dalam segenggam, perhatikan kawasan tersebut.  Pasti ada cacing tanah kerana timbunan tersebut adah tinja cacing hasil buangan apabila cacing mengorek tanah.


Bintil-bintil tinja cacing tanah menandakan terdapat cacing tanah di kawasan ini.


Dulu saya pernah uji samada sukar memburu cacing tanah.  Saya beberapa tin susu pekat manis kosong dan merayau di kawasan berumput sepanjang pantau Batu Buruk, diu Kuala Terengganu.  Kawasan tersebut saya anggap paling susah nak jumpa cacing kerana kawasan tersebut panas di waktu siang dan berpasir.  Selepas berjalan kira-kira 50 meter, saya berjaya mengutip 2 tin cacing yang tidak sempat masuk semula ke dalam tanah ketika matahari naik.  Itu di kawasan pesisir pantai, bayangkanlah kalau di padang bola atau di halaman rumah yang mempunyai tanah yang subur!  Barangkali kalau keluar memburu cacing selepas subuh, berapa tin susu pekat manis rakan-rakan dapat penuhkan dengan cacing tanah yang sihat?

Bersambung...
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

Tuaian Hari Ini -- Terung Pendek, Roselle dan Bendi Singa

Hari ni pagi-pagi lagi petik sayur buah.  Tomato tak semmpat diambil gambar, Puteri dah makan, sampai benih terlekat kat dahi.  Petangni boleh lah rasa gulai daging dengan terung dan bendi. :)

Puteri dengan tuaian hari ini.

Roselle, terung pendek, dan bendi singa pembuka selera hari ini.

Hah, patutlarr tomato hilang!
Mmmmmm best nyer tomato ni....


Gambar Hari Ini -- Cili Ceri, Cherry pepper, Pimiento

Caili Ceri atau Pimiento (Capsicum chinensis) bersaiz kecil dan bila ranum berwarna merah terang.  Cili jenis ini enak juga dibuat jeruk.  Mmmm, rugi sebab saya hanya tanam 2 pokok.  Sebenarnya semai banyak, tapi maklum sajalah, daun cili menjadi kegemaran berbagai makhluk perosak. 

Cili berbuah lebat
Cherry Pepper atau Pimiento yang sedang ranum.

Rabu, 25 April 2012

Benih Pokok Bunga Marigold Kehabisan Stok

Benih Marigold telah kehabisan stok.  Benih tersebut akan dikeluarkan daripada senarai benih untuk dijual sehingga stok baru tiba.

Bela Cacing Untuk Baja, Bahagian 3 daripada 20


Cacing tanah ni agak lemah sedikit.  Maksudnya, kita kena kendalikan dengan betul.  Misalnya ketika menggali tanah, jangan sampai cacing tanah tercedera. 

Ada orang kata, cacing tanah kalau putus dua, kedua-duanya akan hidup.  Amboi amboiiii, jadi kalo nak 10 ekor cacing tanah, cari 5 ekor sudahlah.  Kerat 2 nanti dapat juga 10 ekor.  Mana ada.  Cacing tanah hanya ada satu jantung yang ringkas.  Kalau terputus dua, kalau bernasib baik, bahagian yang ada jantung akan hidup.  Bahagian satu lagi akan mati.  Itu kalau bernasib baik.  Biasanya, kedua-duanya akan mati.

Ada orang risau kalau bela cacing tanah, makhluk tersebut akan menyebabkan pembelanya terkena penyakit.  Sebenarnya manusia amat berbahaya kepada cacing tanah, dan bukan sebaliknya.  Jadi bila mengumpul cacing tanah untuk dibela, elakkan memegang cacing tanah dengan tangan yang terdedah.  Lapisan gris yang ada pada tapak tangan kita akan terlarut dalam lendir pada badan cacing tanah, dan mungkin akan membunuh cacing tersebut.  Seeloknya pakai sarung tangan getah atau sarung tangan plastik PET ketika mengendalikan cacing tanah.  Jika anda seorang perokok, mesti pakai sarung tangan.

Ok, jadi apa lagi yang boleh membunuh cacing tanah?

Cacing tanah sebenarnya adalah makanan yang enak.  Elakkan daripada semut gatal, katak, burung, ayam dan itik.  Kalau semut gatal menemui bekas yang mengandungi cacing tanah, gerenti seluruh cacing tanah dalam bekas tersebut akan menjadi habuan semut gatal. 

Apa guna lendir pada badan cacing tanah?

Cacing tanah tidak mengandungi paru-paru.  Lendir pada badan cacing tanah membantu melarutkan oksigen sepaya dapat diserap oleh cacing tanah.  Lendir juga melicinkan pergerakan cacing tanah.  Kalau cacing tanah kekeringan, ia akan mati.
Jadi, untuk mempastikan cacing tanah yang diambil hidup, jangan kerat cacing tanah, pakai sarung tangan ketika mengendali cacing tanah, pastikan  ia tersimpan di tempat lembap, dan jauhkan daripada semut gatal, katak, burung, ayam, dan itik.
Bersambung...

Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

Blog Walking -- Cerita Mama

Satu lagi blog kaum ibu yang bertaman sendiri di keliling rumah.  Blog ini milik Puan Nor daripada Kelantan.  Dalam blog ini, pemiliknya berceloteh tentang kehidupan seharian bersama dua orang anak remaja serta hobi berkebun.  Ralit (leka dalam loghat teganu) juga membacanya.  Saya suka menatap gambar salad yang "menjadi."  

Blog tersebut boleh dicapai melalui pautan berikut.

cerita-mama.blogspot.com

Screen-shot dari blog cerita-mama.

Gambar Hari Ini -- Roselle

Roselle bila dah ranum perlu dipetik.  Saya lambat sedikit petik.  Benih roselle bercambah ketika masih belum dituai.

Buah roselle sedia untuk dituai.

Benih bercambah ketika masih di atas pokok.



Selasa, 24 April 2012

Detox Tanaman Yang Terkena Semburan Racun Rumpai

Bukan orang aja kena detox.  Tanaman sayur yang terkena semburan rumpai juga boleh didetoxkan. Caranya begini.

Bahan-bahan:
2 sudu besar sirap jagung,
1 sudu besar syampu bayi,
1 liter air

Cara
1.  Campurkan bahan-bahan di dalam botol dan goncangkan sehingga terlarut.
2.  Tuangkan larutan ke dalam penyembur.
3.  Semburkan ke atas daun sayur.
4.  Ulangi semburan selang 2 atau 3 hari selama seminggu.
    
Bagaimana cara larutan berfungsi?
Syampu bayi membantu memecahkan bahan kimia yang melekat pada permukaan daun sayur dan membolehkan ia dinyahkan dengan lebih cepat.  Gula dalam sirap jagung akan melekat pada pemukaan daun dan mempercepatkan proses mengurai bahan kimia daripada racun rumpai.

Blog Walking -- NiceMamaForever

Hari ini ada masa terluang sedikit jadi selepas gardening dan plan untuk aktiviti minggu ini, sempat singgah ke beberapa blog yang berkait dengan berkebun dan memasak.  Satu daripada blog yang menarik perhatian saya ialah blog http://nicemamaforever.blogspot.com/ milik [email protected]  

Blog ini mempunyai beberapa entri resepi yang kelihatan begitu enak.  Pemilik blog juga aktif berkebun di halaman rumah.  Tanamannya juga kelihatan subur.  :)

Jom, kita singgah http://nicemamaforever.blogspot.com/

Blog nicemamaforever milik [email protected]

Gambar Hari Ini -- Cili Padi

Cili padi dah mula lekat.  Tak sabar tunggu buah ranum, nak buat jeruk cili padi.

Cili padi

Isnin, 23 April 2012

Semburan Makhluk Perosak

Sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini, jika bertanam secara organik, ada banyak cabarannya.  Semalam, bena (kutu daun, aphid ) muncul lagi mnenyerang pokok kacang panjang di halaman depan rumah.  Makhluk perosak ini sesuai dimusnahkan menggunakan semburan larutan minyak masak dan sabun pencuci sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini.  


Untuk ramuan tersebut, klik pautan ini.

http://www.tanamsendiri.com/2011/12/semburan-makhluk-perosak.html

Pokok kacang panjang diserang bena.

Sembur bahagian yang diserang.  Sembur juga di bahagian bawah daun untuk mempastikan semua bena dimusnahkan.

Pokok kacang panjang selepas disembur.  Ulangi semburan untuk beberapa hari hingga bena tidak kelihatan lagi.





Gambar Hari Ini -- Bunga Bendi

Bendi kalau diperhatikan bunganya seakan-akan bunga raya.  Ia juga seakan-akan bunga baru-baru dan bunga kenaf.  Ini kerana bendi adalah dari keluarga yang sama dengan tumbuhan yang dinyatakan iaitu Hibiscus.Dari bacaan saya, bunga bendi juga enak dimakan.

Pokok bendi ini adalah dari baka F1 iaitu bendi singa.  Bendi ini menghasilkan buah yang cepat besar tetapi lembut. 

Bunga bendi.

Bela Cacing Untuk Baja, Bahagian 2 daripada 20

Kalau nak bela cacing tanah, kenalah ada cacing tanah.  Saya guna cacing tanah biasa aja, yang saya gali kat batas dalam laman rumah.  Kalau tak ruang kat laman, boleh dapatkan aja kat kedai pembekal alatan memancing.  Mereka biasanya ada jual cacing tanah untuk umpan memancing.  Tapi biasanya cacing umpan tak gemuk... Halus aja.

Tak perlu risau cacing tanah gemuk sebab badan berisi air.  Bila terkejut, cacing tanah akan keluarkan cecair badan supaya nampak kurus.  Supaya tak menarik.  Kalau menarik kena makan.    Nanti bila dah dibela, ia serap lembapan, akan kelihatan gemuk semula.

Kalau gemuk macam mana pun, cacing tanah kat negara kita tidaklah sebesar cacing tanah kat Amerika Utara.  Cacing tanah kat sana besar besar belaka.  Kat sana cacing tanah dikenali sebagai “night crawler.”
Cacing tanah, kalau bahasa sains adalah dari keluarga Lumbricus.

Ish ish ish, ada yang akan komen, mana boleh bela cacing tanah.  Matilah cacing tanah kalau bela dalam tong.  Nak kena bela cacing merah.     

“Apa bezanya cacing tanah dengan cacing merah?”

Oklah.  Saya ni macam ketinggalan sikit.  Bela cacing tanah tak glamour.  Bela cacing merah lagi glamour.  Tak mati dalam tong nanti?

Cacing merah juga dikenali sebagai cacing harimau atau cacing taik, oops cacing tinja.  Ia lebih kecil daripada cacing tanah, cepat membiak dan gemarkan makan tinja.  Ia tahan kata promoter.

Cacing merah dalam bahasa sains dikenali sebagai Eisenia foetida.

Betul tu, tapi kalau nak guna cacing yang fancy fancy sampai bila pun kita tak kan buat vermicompost.  Sebabnya, mana nak dapat?  Kenapa nak susah-susah.  Gunalah cacing kat laman tu.  Lagi pun bukannya kita nak buat bisnes cacing.  Kita nak dapatkan baja berkualiti daripada sisa dapur.  Kita tak nak membazir.  Kalau nak guna cacing merah, nak kena beli lagi... Itu tak apalah kalau ada pembekal.  Ini nak cari pembekal pun susah.

Lagi pun, nanti sisa cacing (vermicompost) kita nak letak dalam tanah.  Pasti ada telur cacing dalam bahan tersebut.  Mengapa nak perkenalkan species lain ke dalam tanah sedangkan dalam tanah dah ada cacing tanah.  Ini macam letakkan pendatang tanpa izin ke dalam kampung.  Pasti keseimbangan komuniti akan tergangu nanti.  Dalam organic  gardening, keseimbangan adalah penting!

Jadi jangan nak lebih lebih.  Kita guna cacing tanah aja.  Cepat mati?  Gajah pun kalau salah cara bela, boleh mati juga.

Jangan risau, tak matinya kalau kaedah yang kita gunakan kaedah yang betul.  Lambat membiak?  Tak apalah, bukannya nak jual cacing.  Nak buat kompos aja.  Lagi pun cacing hanya tau makan membiak, makan membiak, makan membiak.... Lambat macam mana lagi tu?

Mana cangkul?  Nak pergi gali cacing ni!

Sabar dulu, kita cerita tentang cacing tanah dulu.

Bersambung...

Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

Jumaat, 20 April 2012

Bela Cacing Untuk Baja, Bahagian 1 daripada 20

Bila sebut aja nak bela cacing, macam-macam reaksi akan timbul.  Ada yang ok, ada yang asyik tanya, kenapa kenapa kenapaaaaa?  Tak busuk ker? tak kotor ker? dan macam-macam lagi.  Alarrr tak tengok kat TV tu, orang putih, bagi duit sikit ajer dah sedut cacing tanah idup-idup macam makan spaghetti.


“Tak busuk ker?” 
Tak.  Bau tong sampah yang mengandungi sisa dapur sementara menunggu pihak kontraktor bandaran datang pungut jauh lebih busuk.  Kalau lori sampah mampatkan sampah tepi rumah, itu jauh lagi busuk.  Err, minta maaf yer, pekasam lagi busok.  Petai?  Lagi kuat bau dari tong tanah.  Paling berbau pun kalau campuran tak kena... Macam bau air “cor” kata orang Ganu.

“Tak kotor ker?” 

Benda idup dalam tanah, takkan bersih hingga menciutkan.  

Beberapa tahun dulu ada saya baca tentang menternak cacing ni.  Ada kata cacing tanah dijual sehingga RM900 sekilo. 

“Siapa beli ni?” 

Saya pun boleh letak harga cacing tanah sejuta sekilo, tapi ada ker orang beli?  

Ada kata cacing tanah diproses buat base untuk kosmetik, ada yang syorkan cacing tanah digunakan sebagai protein, makan buat gula-gula.  Hmmm kalau nak cium awek yang pakai gincu tebal-tebal, fikir sekali lagi.  Mana larr tahu base gincu tu dibuat dari protein cacing tanah .... 
Tak, saya tak makan cacing tanah, tak proses buat kosmetik, atau jadikan sumber protein anak-anak negara miskin.  Saya bela cacing tanah sebab nak dapatkan baja dengan lebih cepat.  Saya bela cacing tanah sebab tak mahu membazir sisa buangan dapur.  Saya bela cacing tanah sebab masa tu cool bila orang tahu bela cacing tanah. Masa tu, cacing tanah "was the thing."  He he.  Errr, sebenarnya masa tu ternak cacing untuk "buy back" menjadi alat scammer dalam skim piramid.  Ramai yang terkena.

Bela cacing tanah untuk baja dikenali sebagai vermicomposting.  Ia adalah satu kaedah menggunakan cacing tanah untuk menukarkan sebahagian daripada sisa dapur kepada kompos yang berkualiti tinggi.  Kaedah ini sesuai digunakan jika anda masak di rumah.  Ia adalah kaedah yang bersih, dan menjimatkan wang.  

bersambung...
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

Cambahan Kailan (OP) dan Tomato Ceri Sedia Untuk Dipindahkan

Cambahan Kailan OP dah tumbuh daun ketiga, iaitu daun sebenar kedua.  cambahan ini sedia untuk dipindahkan.  kalau belum sediakan kawasan atau bekas untuk pindahan tetap, boleh pindahkan dulu ke dalam bekas yang lebih besar supaya akar dapat berkembang.

Cambahan Kailan baka OP dah mencecah 2 inci tingginya.
Cambahan Tomato Ceri juga sedia untuk dialih.  Mungkin tomato ini akan diletakkan dalam bekas kerana ruang tanah dah terhad.  Saya terfikir nak semai secara tertonggeng tetapi isteri mencadangkan ditanam menggunakan kaedah vertical gardening.

Cambahan Tomato Ceri sedia untuk dialih.

Sungkup Plastik Melindungi Cambahan yang Baru Dialih

Cambahan yang baru dialih biasanya amat sensitif pada perubahan cuaca.  Panas terik di waktu tengahari kadang-kadang membunuh cambahan tersebut.  Kucing juga menjadi musuh kerana ruang tanah antara cambahan akan dijadikan tempat melepaskan hajat.  Untuk melindungi cambahan, elok tutup ruang tersebut dengan sungkup sehingga tanaman kukuh.  Kucing pula bila lihat kawasan tersebut pernah ditutup dengan sungkup akan faham ruang tersebut bukan ruang untuk melepaskan hajat.  Tapi masalahnya kalau kucing lain datang bertandang, ruang tersebut akan dijadikan sasaran juga. :(  Masalahnya tinja kucing boleh menyebabkan penyakit, serta membunuh tanaman.  

Gunakan sungkup untuk melindungi cambahan daripada panas terik, titisan hujan yang lebat serta kucing.

Sungkup akan dibuka bila tanaman kukuh nanti.

Gambar Hari Ini -- Bangun-bangun, Cuban Oregano

Cuban oregano bukannya oregano.  Ia tumbuhan yang berbeza.  Daun bangun bangun popular di kalangan etnik India.  Ia dibuat teh atau perisa minuman.  Pokok ini mudah ditanam melalui batang.

Bangun bangun menghasilkan daun yang lebih besar jika ditanam di tempat teduh di waktu tengahari.

Menyelaraskan pH Tanah, bahagian 25 daripada 25


Skala pH (Perbandingan)
Kurang ion hidrogen, H+
14 – Lye (pencuci paip, Draino)
13 – Peluntur
12 – Air bersabun
11 – Ammonia
----------------------------
10 – Air tasik yang masin -- Had Atas Pertumbuhan Tanaman
9 – Baking soda
8 – Air laut
-----------------------------
7 – Air suling
-----------------------------
6 – Air kencing
5 – Kopi pekat
4 – Hujan asid, Hujan Lembah Kelang  -- Had Bawah Pertumbuhan Tanaman
------------------------------
3 – Jus oren
2 – Jus limau nipis
1 – Asid perut
 Lebih ion hidrogen, H+

Khamis, 19 April 2012

Daun Labu Telah Bebas Kekabuh Mentimun

Hari ini bila diteliti daun labu, tiada lagi kekbuh mentimun yang selama ini berpesta meratah daun sehingga mencacatkan pokok tersebut.  Sebagaimana yang dijangkakan, musim mengawan kekabuh mentimun telah selesai.  Serangga tersebut telah berhijrah ke tempat lain, mungkin untuk bertelur dan seterusnya membiak.  Apa-apapun, lama rumah telah bebas serangan makhluk perosak tersebut.  Tiba masanya untuk menyemai benih timun.

Bukti yang nyata, kadang-kadang kita tidak perlukan racun untuk menentang makhluk perosak.  Kita perlu faham tabii makhluk tersebut dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Daun labu bebas dari kekabuh mentimun.
Posting yang berkait sebelum ini.

20/4/12, 9:00 am - Hanya satu ekor kekabuh mentimun ditemui.  Kekaduh tersebut telah dimusnahkan.

21/4/12, 9.00 am - Hanya dua ekor kekabuh mentimun ditemui.  Kekabuh tersebut sedang mengawan.  Kedua-duia kekabuh tersebut telah dimusnah.

22/4/12, 10.00 am - Tiada kekabuh mentimun ditemui.

23/4/12, 7.00 am - Tiga ekor kekabuh mentimun ditemui.  2 dimusnahkan.  1 sempat terbang. 

Kailan Di Belakang Rumah

Kailan dalam patch di belakang rumah tumbuh cukup subur.  Daunnya besar rangup, warna hijau pekat.  Nampaknya, insyaAllah bekalan kailan tidak akan putus untuk bulan ini.  Kailan ikan masin, anyone!  :)
Setakat ini saya ada stok tiga jenis kailan iaitu baka 117, baka 55 dan baka OP.  Ketiga-tiga kailan ini ada keistimewaan tersendiri.  Kalau lihat dalam gambar, sukar nak dijelaskan.  Perlu tanam sendiri baru tahu keistimewaannya.  Tanam dalam bekas pun boleh. 

Suburnya kailan ni.  Puas hati tanam bila menjadi.  Berbaloi.


Sawi Di Sekeliling Rumah

Walaupun shu sekarang amat panas, hujan yang turun setiap hari seolah-oleh mengimbangi cuaca yang extreme tersebut.  Pokok sawi tumbuh dengan kadar pertumbuhan yang amat galak.  Misalnya sawi patch belakang rumah, dalam masa 4 hari tumbuh berganda saiznya.  Sawi Bunga baka Yangtze juga tak kurang hebatnya tumbuh dengan megah di dalam pasu.  Alhamdulillah. 

Sawi Bunga baka Yangtze 007 mula memenuhi pasu.

Sawi Bunga baka Wang Bujang 008 dalam gabus putih begitu galak pertumbuhannya.

Sawi Bunga Wang Bujang tumbuh hingga saiz berganda dalam masa 4 hari sahaja.

Bandingkan saiz Sawi Wang Bujang dengan saiz Kailan di belakang.  Cepatnya besar.

Terung Dah Mula Mengeluarkan Hasil

Semalam dah tuai terung pertama untuk musim ini.  Alhamdulillah masih banyak putik terung muncul menandakan sayur buah ini akan menjadi satu dari menu kami untuk beberapa minggu ini.  Buat masa ini hanya beberapa jenis terung pendek sahaja ditanam.  Terung telunjuk baru sahaja dialih, mungkin sebulan lagi baru akan membuahkan hasil.  

Pitik buah ini dah mencecah 3 inci.  Lagi seminggu bolehlah dituai.

Terus jenis ini mempunyai pankal yang lebih rata.  Buahnya lebih lebar.

Semua pokok dalam bekas depan rumah dah berputik.