Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 30 Mac 2012

Tomato Bengkak Air

Penyakit ini berlaku pada buah tomato yang pokok terlebih siram.  Sekarang musim hujan, jadi ada antara buah tomato menunjukkan tanda-tanda bengkak air.  Buah yang bengkak air merekah di sepanjang buah dari atas ke bawah.  Petik buah yang bengkak air.  Petik buah yang hampir ranum dan pastikan saliran elok, tiada air bertakung.

Buah tomato yang menunjukkan tanda bengkak air.



8 ulasan:

  1. Tomato yang bengkak air ni masih boleh dimakan ke? Kalau tak boleh, jika jadikan ia benih, adakah ianya bernas dan baik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ia masih boleh dimakan dan tetap enak. Cuma kalau dijual, kurang cantik. Benihnya pun masih tetap bernas. :)

      Padam
  2. Antara sebab yang saya dengar kalau buah merekah ni sebab kurang kalsium. Cuba en Is buat eksperimen dengan spray kalsium semasa buah tu sedang berputik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kurang kalsium, biasanya yang kena ialah penyakit reput hujung buah (blossom end rot). Ia disebabkan oleh imbangan penyerapan kalium dan kalsium yang tidak seimbang akibat akar yang rosak bila berlaku kekeringan tanah. Hmmmm mungkin juga berlaku jika terlebih air kerana akar juga boleh rosak bila air bertakung. Nanti saya akan cuba dengan menyembur cecair baja kalsium. Terima kasih I wong untuk maklumat tersebut.

      Oh ya, saya dah semai benih yang saudara kirim (benih mulukiya). ia bercambah dalam masa 24 jam. :)

      Padam
    2. Bagus lah ia masih bernas. Mulukiya tu saya buat sebagai daun sup atau ulam. Sedap. Khasiatnya yang saya tahu boleh mencegah kanser berdasarkan kandungan antioksidan yang tinggi dalamnya.

      Padam
  3. salam tuan,

    tolong kongsikan gambar 'Mulukiya', nak tengok..namanya agak istimewa.Bolehkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mulukiya yang saya semai baru saja bercambah. Nanti bila dah besar saya letakkan gambar. :)

      Padam