Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 4 Mac 2012

Telur Ikan Nak Buat Kaviar

Baru-baru ni, pasang niat nak posting tiga resepi/cara.  Pertama nak buat sup ayam belanda, dah kenyang.  Sup tu dihabiskan oleh anak-anak tak sampai 30 minit selepas sup masak.  Sehingga menjilat jari.  Papanya sempat seketul aja.  Itu anak yang besar besar belum balik. :)

Hari ni pergi cari telur ikan, nak buat kaviar.  Nanti nak buat tuna salad.  Mengidam ni.

Masa kecil dulu biasa makan telur ikan.  Mak saudara tinggal di Seberang Pintasan, Dungun.  Tinggal betul-betul atas rang (jeti), sekitar lewat 60an dan awal 70an..  Masa tu mak saudara ambil upah siang ikan untuk dijadikan ikan kering.  Jadi kalau singgah ke rumah, dapatlah kami merasa telur tenggiri goreng atau gulai.

Kaviar piula lain sikit.  Ia telur ikan bersaiz manik, yang direndam air garam.  Kadang-kadang ada dicampur rempah atau perisa dan pewarna.  Kat luar sana, biasanya dimakan bersama sushi.  Saya gemar makan bersama tuna salad.  Kalau yang impot biasanya dibuat dari ikan sturgeon atau salmon.  Kaviar sturgeon kecil sikit berbanding kaviar salmon.

Kat Lembah Kelang ni mana nak cari telur ikan fresh.  Bukan macam di Kemaman atau mana-mana kawasan persisiran pantai di Terengganu.  Sini, ikan paling fresh, kat pasar borong aja, itu pun yang dah di cairkan awal-awal.  

Tapi tak apalah, telur ikan kurang fresh sikit dari yang paling fresh pun kira OK.  Daripada tak ada langsung.  Sasaran saya ialah ikan parang atau ikan kekacang.  Telur ikan tenggiri, saiznya terlalu kecil, tak sesuai dijadikan kaviar.  Yang paling best, ikan parang.  Tapi kalau ikan kekacang pun kira boleh diterima.

Ketika memburu ikan besar kat Pasar Borong Seri Kembangan, tak jumpa ikan parang, tapi jumpa ikan kekacang.  Besar saiznya.  Selepas dibelek dan ditilik, mungkin ikan ni ada telur.  Harga, RM10 sekilo, kira oklah sebab di Kajang biasanya ikan kekacang dalam RM16 sekilo.

"Nak potong Bang?" Tanya penjual ikan. 

"Oh jangan, picit perut dia pun jangan.  Minta kedua-duanya sekali.  Potong mulut saja."

Mak oii beratnya, selepas ditimbang, 5 kilo, jadi dompet ringanlah sikit sebab RM50 dah jadi milik penjual ikan.    

Setelah pulang ke rumah, mulalah membelek ikan tersebut.  Dengan berhati-hati tolreh perut ikan tersebut.  

"Alhamdulillah, penuh!"  

Kedua-dua ikan tersebut penuh dengan telur ikan.  Bila timbang, jumlahnya 1.5 kg.  Kalau kaviar, 50g aja RM15.  Kira strike jugalah.  Nah tengok sendirilah.  

Ikan kekacang yang berisi telur.

Posting seterusnya -- Cara buat kaviar.

9 ulasan:

  1. senang ke buat kaviar ni??? tak pernah makan sebab rasa macam tak halal je(ntahlah kebanyakkan takde tanda halal)... tapi sekarang tengok ada je orang islam makan kaviar ni.... tapi kalau boleh buat sendiri, di jamin halal la...hehehe

    kalau pakai telur ikan duri/mayong boleh ke??? kalau tengok saiz sebiji telurnya sangatlah besar....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaviar telur ikan, direndam air garam.

      Padam
    2. Air garam je? Bestnya. Kalau macam ni, jika terjumpalah telur ikan ni saya nak try jugalah. Lama ke kena peram dengan air garam tu? Berapa banyak garam?

      Padam
    3. Detailnya akan dipostkan nanti. :)

      Padam
    4. tu lah... sebenarnya takut tengok warna kaviar yang dijual... tu yang datang ragu2 tu...hehehe

      takpe tunggu cara pembuatannya nanti....pasnih boleh cuba....

      Padam
    5. Rasa kaviar biasanya masin bercampur rasa telur ikan. Kalau buat guna telur ikan kekacang kulit telur kenyal sikit, sedap makan dengan salad. Saya jarang beli kaviar sebab harganya mak oii, sangat tinggi. Saya belajar buat kaviar masa zaman belajar dulu. Sahabat-sahabat dari Indonesia gemar memancing. Sanggup langkah sempadan ke Canada di musim dingin sebab nak ice fishing. Saya selalu keluar memancing ikan pike (di musim panas) dan cekup salmon di musim bunga di tempat saya belajar. Telur salmon dan pike kami buat kaviar. Selebihnya buat umpan :)

      Padam
  2. Betul tu tuan.. Mana nak sama ikan yang ada di Kemaman dgn di KL.. Terutamanya ikan baru naik.. Fuhh.. Wat celup tepung lg sedap.. Nyum²..



    P/s : Mengidam nak makang nasi dagang & pulut lepa kat ladang.. Dpt tupat sotong pun best gak.. Huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nasi dagang, dulu favorite saya nasi dagang ladang. Spot warung tu dah naik bangunan. Bila kawan tunjuk warung baru mereka, nasi dagang dah lain rasanya. :(

      Second best, pasar Dungun.

      Padam