Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 14 Mac 2012

Tanaman Dalam Bekas Panjang -- Kailan dan Terung

Selain dari kotak gabus dan kotak kayu, bekas panjang juga sesuai untuk tanam sayur.  Saya juga gemar guna bekas sebegini, cuma terkilan harganya agak mahal.  Jadi tak banyak bekas panjang yang saya gunakan.  Tapi bekas yang ada dimanfaatkan sepenuhnya.  Kangkung, bayam, sawi, kailan dan terung amat sesuai ditanam dalam bekas panjang.  Dalam gambar berikut, saya tanam kailan, kobis dan terung.  Pertumbuhannya cepat.  Tanah saya gunakan tanah campur digaul dengan tanah kompos.  Akhir-akhir ni hujan petang, jadi saya tak perlu menyiram. :)


Terung dialih ke dalam bekas setelah tumbuh dua set daun sebenar.  Selepas dialih ke dalam bekas panjang, pertumbuhannya melonjak.

Kailan struggle untuk mendapatkan ruang dan cahaya, tapi pertumbuhannya tidak terbantut.

Kailan ini menang bila bertanding dengan terung.

Alhamdulillah, bekalan sayur tak putus.

12 ulasan:

  1. Betul tu, bekalan sayur x putus..

    Dan yang paling penting, kesegaran dan kebersihan sayur tu sebab kita yang tanam sendiri.. Jadi kita tahu segala yang diberikan kepada sayur tersebut daripada biji benih kepada sayur matang..

    Boleh digunakan tanpa was-was tanpa racun-racun yang boleh memudaratkan kesihatan.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, dan bagi yang bubuh racun tu, dia tahu racun apa yang dimakan. :)

      Padam
    2. kurang2 kalau guna racun pun, tahu kadar yang betul... tidak pun dos nya kurang daripada yang disyorkan....

      bekas panjang ni bagus, sebab bahagian bawah ada tempat takungan air... sebab tu kalau letak baja, tidaklah rugi....

      Padam
    3. Ya betul tu. Teknik yang sama saya gunakan untuk bekas styrofoam. Bahagian bawah bekas diguna untuk menakung air.

      Padam
  2. saya dah lupa... bila kali terakhir beli cili padi... hehehe... syukur... berkat berbudi pada tanah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sendiri pun sama. Pokok cili pula semamangnya tahan lama kalau kena cara penjagaannya.

      Padam
  3. Tanah campur ni yg jenis mcm mana tuan? Tanah campur tuan guna tu dibeli atau dari kawasan rumah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanah campur yang saya beli. biasanya mengandungi tanah liat, pasir dan bahan bakar.

      Padam
  4. Kalau en.Iskandar nak beli bekas panjang, saya syorkan beli di kedai Daiso (kedai Jepun yg biasanya ada di Jusco). Semua barangan kat kedai di dijual dengan harga RM5 termasuklah bekas gardening yang panjang tu. Banyak juga barang gardening yg menarik ada jual di situ.

    BalasPadam
  5. Salam En. Iskandar, saya tanam juga terung dalam 2 buah bekas panjang. Bila diserang whitefly saya cuba tanam dgn marigold tetapi makin teruk malah semua tanaman yang saya cuba teruk diserang. Hari ini saya terpaksa cabut semua pokok yang diserang whitefly malah pokok dukung anak pun terkorban sekali. Adakah saya perlu tukar tanahnya?

    BalasPadam
  6. kt mn nak cari bekas panjang ni..tesco atau giant ada tak..sy pun tgh cari..kt kedah x dak jusco..

    BalasPadam