Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 3 Mac 2012

Tanaman Dalam Bekas Gabus (Styrofoam)

Tanaman dalam bekas di kaki lima di bawah ofis saya menjadi.  Dua tong gabus yang dikerat separuh penuh dengan sayur dan pokok tomato.  Walaupun pokok tomato belum berbuah, kalilan, sayur putih, sawi bunga, dan kobis telah puas dimakan.  Hari ini sayur dituai dan bekas ditabur dengan secubit benih sawi bunga 008 dan sayur putih Ong King.

Tanaman dalam bekas gabus di kaki lima.
Kalilan dituai menggunakan kaedah kerat dan tumbuh lagi.  Ketika mengambil kailan, saya kerat batang kira-kira 2 inci daripada aras tanah.  Batang yang tinggal mengeluarkan tunas baru dan tanaman yang tumbuh semakin rimbun.

Kailan ini telah beberapa kali dituai menggunakan kaedah kerat dan tumbuh lagi.

Pokok celery juga tumbuh subur.  Kadang-kadang diambil daun untuk dibuat sup ketika break menulis.

Pokok celery pun tumbuh subur.

Selain dari sayur, saya ada juga letakkan satu pokok mentimun baka OP.  Pokok masih kecil dan belum mengeluarkan buah.

Pokok mentimun baka OP juga ditanam dalam bekas gabus tersebut.

Yang paling banyak memberikan hasil dan cepat tumbuh semula ialah sayur putih (kobis cina).  Pokok ini juga tumbuh dengan begitu subur.  Saya gemar petik daun sayur ini dan dijadikan ulam bila makan tengahari di kedai mamak berdekatan.  Maklum sajalah, kedai mamak jarang menghidangkan sayur segar.  Kalau ada sayurpun dimasak sehingga hancur.  Ketika turun untuk makan tengahari, saya patahkan 3 atau 4 helai daun sayur ini untuk dibuat ulam.

Sayur putih adalah sayur yang paling cepat pertumbuhannya.
Sawi Hong Kong pula dah merimbun bunga minta dituai.  Kalau dijadikan ramuan mee goreng enak juga ni.

Sawi Hong Kong yang berbunga kuning menjadi penghias kotak gabus.

Enak dijadikan perencah dalam mee goreng.


Sawi Hong Kong ini dah dituai beberapa kali menggunakan kaedah kerat dan tumbuh lagi.  Walaupun dah beberapa kali dikerat, masih tetap tumbuh subur dan sedia untuk dituai lagi.

Sawi Hong Kong yang telah dituai beberapa kali.

Walaupun hanya dua bekas gabus diletak di kaki lima menuju ke ofis, hasil tanaman ini puas dimakan.  Berbaloi.


9 ulasan:

  1. seronoknya dapat hasil mcm nie...

    BalasPadam
  2. cemburu tgk sayur tumbuh padat dalam bekas kecik mcm ni...

    BalasPadam
  3. Salam tuan..

    Pokok mentimun dan tomato boleh ditanam dalam bekas gabus jgak ke? Perlu di buat pancang ke? Atau dibiarkan merayap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok mentimun saya biarkan merayap, kecuali bila buah dah mula lebat baru buat pancang supaya buah tak rosak bila kena tanah. Pokok tomato, bila berbuah saya buat pancang, bimbang pokok akan tumbang.

      Padam