Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 5 Mac 2012

Serangan Makhluk Perosak -- Bena Menyerang Cili Wangi

Biasanya, serangan makhluk perosak semakin banyak di akhir musim tengkujuh dan masuk ke musim kering.  Mungkin cuaca sebegini sesuai untuk serangga membiak.  Apabila pindah ke tempat baru, pokok juga akan menjadi mangsa serangan makhluk perosak.  Ini kerana makhluk perosak baru sedar ada  sumber makanan yang baru dan pemangsa makhluk perosak tersebut pula belum sedar kehadiran makhluk perosak tersebut.

Dua hari yang lepas saya perasan daun pokok cili wangi mula menggerutu dan tidak rata.  Apabila diperiksa pokok tersebut telah diserang bena.  Bena menghisap cecair daripada daun menyebabkan daun tersebut rosak.

Masalah bena akan berakhir apabila kekabuh kura-kura (ladybird) menyedari kedadirannya.  Ini kerana kekabuh kura-kura gemar memakan bena.  Sementara itu, saya perlu lakukan sesuatu untuk menghalang bena tersebut daripada merosakkan pokok cili wangi.

Bena (aphid) menikmati cecair dari daun cili wangi.

Daun pokok yang diserang mula kelihatan tidak rata dan menggerutu kerana salur pada urat daun rosak.

Cara yang terbaik adalah dengan menyembur larutan yang dicampur minyak masak dan sabun pencuci pinggan.  Setelah menyembur dengan cecair tersebut, jumlah bena yang kelihatan pada daun pokok tersebut berkurang.

Posting ramuan semburan tersebut boleh diperolehi dari pautan berikut.

4 ulasan:

  1. kali ni tanam cili takde rezeki, daun cili luruh sehingga nak togel pokok tu kena serangan serangga putih/lalat putih (kot?).

    next batch tanam, nak gunakan style buddy plak, mix cili + tulasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Musim panas begini memang lalt putih dan bena mengganas. Boleh kawal dengan tulasi dan semburan yang saya nyatakan.
      Cili wangi yang saya tanam serta cili jalapena baka siam yang saya tanam juga kena serangan lalat putih. Pada daumn tak ketara sangat tapi tiba-tiba buah rosak. Terpaksa petik semua buah supaya medium untuk larva membiak tiada.
      Nasib baik stok cili jeruk masih banyak.

      Padam
  2. nampaknya setelah di semak2... pokok cili besar saya pun terkena... makin banyak la pula selepas dialihkan ke tempat baru.... sabar saja la....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh guna semburan mengikut ramuan yang saya tunjukkan. :(

      Padam