Sawi bukan sahaja sesuai ditanam di atas tanah. Kebanyakan sawi yang saya tanam di dalam bekas juga menjadi. Tak kira dalam apsu atau dalam bekas gabus, pertumbuhannya begitu cepat. Cuma pastikan tanah kaya dengan organik dan disiram selalu. Sebenarnya, kalau gunakan baja kimia dengan sukatan yang betul, pertumbuhannya lagi cepat. Saya kurang gunakan baja kimia kerana ingin hasilkan tuaian dengan rasa yang enak.
Saya berniat untuk semai sawi bunga wang bujang di patch belakang rumah sebagaimana dinyatakan sebelum ini, tapi masih belum berkesempatan. Seminggu ini asyik hujan petang.
Di tempat saya dah lama tak hujan, kering kontang parit, tanah sampai nampak merekah. Semaian saya cuba buat mcm tak menjadi sbb pagi siram petang kekeringan.
BalasPadamMungkin boleh cuba rendam bekas siraman dalam tray air sebagaimana yang saya tunjukkan untuk pastikan cambahan tidak kekeringan, atau botol yang dipotong sebagaimana yang saya tujukkan dulu. Sistem drip yang saya rancangkan pun belum di pasang sebab sekarang masih hujan setiap petang.
PadamTerima kasih. Ya, mmg nampaknya saya perlu cuba kaedah yg dicadangkan bagi mengatasi masalah berkaitan cuaca yg panas di tempat saya pd masa ini
PadamSama-sama.
Padam