Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 19 Mac 2012

Ruang Depan Rumah

Ruang depan rumah nampaknya dah padat.  Kena atur semula.  Sayur yang dah matang sepatutnya dah dituai, tetapi buat masa ini kerana belum disemai batch yang baru.  Mungkin selepas disiapkan ruang belakang, bahagian depan rumah akan diatur semula.  Niatnya, selain dari sayur, kami juga akan tanam pokok bunga.  Cabarannya, bagaimana nak tanam semua itu tetapi masih kelihatan cantik?  Antara pokok bunga yang akan ditanam termasuk cosmos, daisy, aster, pansy dan drumondii.

Mungkin juga kami akan expand ke luar pagar.  Ruang depan rumah di luar pagar belum dimanfaatkan. 

Kailan dah sedia untuk dinikmati.  Terung pun dah mula berbunga.

Ruang depan rumah dah kelihatan padat.
 

7 ulasan:

  1. Makin bertambah makmur kawasan rumah tuan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah sedikit sekarang sebab anak-anak membantu. :)

      Padam
  2. saya pernah beli benih pansy melalui website thompson and morgan... tapi bila sampai benih semua dah pecah. tinggal 4 benih yg elok. tapi semai pun x cambah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya cuba semai dulu benih dalam simpanan saya. Kalau bercambah, inmsyaAllah saya akan edarkan melalui blog.

      Padam
  3. Lepas ni tuan boleh jual benih bunga pula :).. Dah lama saya tunggu.. Hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Saya memang ada mengumpul benih bunga. Cuma menunggu masa untuk uji samada bernas atau tidak.

      Padam