Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 2 Mac 2012

Resepi -- Sup Ayam Belanda

Sup ayam belanda memang enak kalau dimakan bersama roti.  Resepi ini juga boleh digunakan untuk ayam kampung, ayam pencen, dan yang dah bosan dengan hobi ayam serama tu, bolehlah supkan.   Sup ayam serama paling mahal, ;P

Bahan-bahan
1 1/2 kg ayam belanda, dipotong
1 biji bawang besar, dimayang
8 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 sudu garam
1 1/2 liter air
1 senduk minyak kelapa sawit
2 tangkai daun sup tanamsendiri, dicincang
1 biji cili wangi dicingcang (jika mahu sup yang pedas)

Alatan
periuk tekanan

Bahan untuk ramuan sup.
 
Cara-cara
1. Tuang minyak kelapa sawit ke dalam periuk tekanan dan panaskan menggunakan api sederhana.
2. Masukkan (tumis) bawang merah, bunga cengkih, kulit kayu manis, dan bunga lawang hingga warna keemasan.

Tumis menggunakan api sederhana sehingga bawang bertukar warna keemasan.

3.  Dengan berhati-hati, masukkan air dan teruskan pemanasan.
4. Apabila air mula mendidih, masukkan ayam belanda yang telah dipotong.
5.  Masukkan garam.


Apabila air telah mendidih, masukkan ayam belanda.



Bau dah enak, tapi, belum sedia lagi. :)


6.  Tutupkan periuk belanga.  Pastikan ia kedap.
7.  Teruskan pemanasan.
8.  Apabila mendidih, teruskan pemanasan selama 10 minit.

Didihkan di bawah tekanan tinggi selama 10 minit.

9.  Tutup api dan biarkan selama 15 minit.  Apabila tekanan telah turun, buka periuk tekanan.
10. Taburkan daun sup dan hidangkan bersama roti atau nasi.  Jika ingin sup yang pedas, tambahkan 1 biji cili wangi yang telah dicincang.   

Hidangan sup ayam belanda, enak.....

2 ulasan: