Kaviar yang dibuat sendiri. Enak dan murah. |
Ramuan
Telur ikan kekacang saiz sederhana (2mm hingga 5mm)
Garam laut halus (1/3 cawan)
Air (5 cawan)
Air suam
Peralatan
Penapis halus
Balang jem
Cara Membuat
1. Torehkan selaput kulit telur ikan untuk dedahkan telur.
2. Asingkan selaput kulit telur. Telur akan melekat sesama sendiri melalui bebenang seperti bebenang labah-labah. Jangan asingkan telur secara paksa kerana ini akan menyebabkan telur-telur tersebut pecah dan rosak.
3. Tuangkan air suam. Kemudian asingkan telur dari air menggunakan penapis.
![]() |
Dedahkan telur ikan dengan membuang selaput kulit telur. |
5. Masukkan telur ikan ke dalam larutan garam. Telur akan kelihatan kabur setelah direndam dalam air garam.
6. Simpan campuran di dalam peti sejuk selama 2 hari. Untuk kurangkan masin, boleh rendam 2 jam sahaja.
7. Asingkan telur ikan daripada air garam. Tapis keluar air menggunakan penapis.
Tapis menggunakan penapis mata halus. |
8. Masukkan telur ke dalam botol jem atau balang kaca dan simpan di dalam peti sejuk.
Telur ikan (kaviar) sedia untuk dihidangkan. Enak dihidang bersama salad atau tuna salad.
Kaviar dihidang bersama salad tanamsendiri. |
meleleh air liur tgk gambar resepi nie :D
BalasPadamItu belum rasa lagi.... :)
Padamkalau tengok yang dijual tu, memang warna2 telurnya macam tu atau diletak pewarna???
BalasPadamIkut jenis ikan. Saya tak letak pewarna sebab telur memang dah warna oren kemerahan.
Padamni boleh try ni. saya ni hantu sushi yg letak telur ikan tu. resepi dia mcm ni jugak kot...
BalasPadamYa. Kalau nak telur yang lembut lagi, dapatkan telur ikan parang.
PadamResipi yang sungguh sihat dan menyihatkan badan. :-) Kalau jumpalah telur ikan ni...
BalasPadamHe he. Boleh cari kat pasar. Pesan pada penjual ikan, tak mau siang. Kalau suruh mereka siang, habis hancur.
PadamSemenjak membaca petua blender isi perut ikan untuk dijadikan baja, saya rasa sayang menyuruh si penjual ikan untuk menyiang. Terfikir pula nak minta lagi isi perut ikan yang dibeli oleh pelanggan lain. Tapi tak terucap pulak. Haha.
BalasPadamKebiasaannya peniaga di pasar tak kisah. Bila minta, mereka akan dengan berbesar hati bagi. Begitu juga kalau minta hampas tebu dari peniaga air tebu. Apa tidaknya, tak lah mereka susah-susah nak pergi buang bahan tersebut, orang dah datang kutip.
PadamDalam ramai-ramai peniaga, cuma peniaga santan kelapa aja yang bila diminta minta bayaran. Satu guni RM0.50, guni bawa sendiri.
Tapi kompos yang dibuat dari hampas kelapa tak secantik kompos hampas tebu. :)
Perut ikan the best, cuma kalau kuamntiti banyak, cara kendalian kena cara yang betul. Kalau tidak, lalat berpesta.
nk tnye kira telur ikan t makan gitu je ke ...xperlu masak atau apa2 y berkaitan ke 😂 teringin nk try ...sekadar lalu air suam je ye
BalasPadam