Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 8 Mac 2012

Petola Segi Berbunga

Petola segi telah mula berbunga dengan lebat.  Kedua-dua jenis bunga mekar bersama, bunga betina yang bakal menjadi buah dan bunga jantan yang mengandungi debunga.  Untuk pastikan bunga lekat menjadi buah, pendebungaan dilakukan secara manual, sama seperti yang ditunjukkan sebelum ini -- pada pokok labu.

Bunga betina sedang mekar.  Perhatikan pada tampuknya terdapat putik buah.

Kalau ada serangga pendebunga, tidak perlu dibantu proses pendebungaan.  Lebah dan kekabuh gemar berkunjung ke bunga petola.  Malangya sekarang bila petang asyik hujan dan bunga petola mekar petang.  Jadi terpaksa lakukan pendebungaan secara manual.

Bunga mekar menunggu serangga pendebunga.

Jika pendebungaan berlaku, setelah bunga layu, putik buah akan membesar.  Jika tiada pendebungaan berlaku, putik buah akan layu dan gugur.


Putik buah tidak luruh menandakan pendebungaan telah berlaku.

Untuk berlaku pendebungaan, bunga jantan juga perlu mekar.  Debunga dari bunga jantan diperlukan untuk pendebungaan.

Bunga jantan sedang mekar.  Di tampuk bunga, tiada putik buah.

Lebih banyak bunga jantan mekar, lebih banyak peluang bunga betina akan didebungakan.

Beberapa kuntum bunga jantan.

Pokok petola sarang boleh juga ditanam dalam bekas di halaman rumah.  Inilah buktinya.  Petola dalam pasu pun boleh berbunga dan berbuah.

Pokok petola segi dalam pasu di halaman rumah.

5 ulasan:

  1. wah! tak patah ke pancang sebesar itu utk tampung petola ni? ranting pancang pun tak sebesar mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he. Belum jadi buah lagi. Bila jadi buah nanti tambah pancang.

      Padam
  2. adakah setiap jenis tanaman mempunyai bunga jantan dan betina? Bagaimana cara membuat pendebungaan secara manual?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak. Ada tumbuhan yang ada kedua-dua bahagian, ovari dan stigma (betina) dan stamen (jantan, bahagian yang ada debunga).

      Pokok mentimun pula, ada variety yang hasilkan bunga betina sahaja, dan ada pokok yang menghasilkan kedua-dua bunga. Bagi sesetengah variety, kalau bunga didebungakan, buah akan menjadi pahit. Kalau tidak didebungakan, buahnya tidak pahit tetapi benih tidak bernas. Oleh kerana pokok ditanam untuk buah dan bukan untuk benih, bunga jantan dibuang untuk mengelakkan pendebungaan.

      Untuk pendebungaan secara manual, rujuk posting ini.

      http://www.tanamsendiri.com/2011/10/mendebunga-bunga-labu-manis-secara.html

      Padam
    2. Terima kasih tuan... kerdilnya saya dlm hal bercucuk-tanam ni

      Padam