Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 11 Mac 2012

Petola Menjadi

Alhamdulillah, petola yang didebungakan secara manual baru-baru ini menjadi. Putik bunga yang tidak didebunga secara manual luruh.  Mungkin kerana pokok ini mekar petang.  Serangga pendebunga tidak berkunjung kerana sekaranng hujan petang.  Mujurlah pokok ini saya kekalkan rendah, jadi bolehlah didebunga secara manual.
 

Buah yang ini mula bertukar warna kerana tidak didebunga.  Ia akan luruh.

Nampaknya kena silau-silau menunggu bila bunga dari putik ini mekar.  Kalau tidak didebunga, pasti akan luruh.

Putik ini berjaya didebunga, pertumbuhannya ketara cepat.

6 ulasan:

  1. tips daripada mak saya, dia gantungkan batu pada hujung petola supaya jadi lagi panjang.... pakai batu yang kecil sahaja mungkin sekitar 50g...

    pernah buat tapi mungkin baka kurang elok atau kurang nutrien, panjang la jugak berbanding tak letak batu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat pampung saya, orang dulu-dulu ganting batu pada buah petola ular. Dah lama tak tengok oranng buat begitu. :)

      Padam
    2. itulah... orang2 zaman dahulu pun pakai kaedah paksaan semula jadi.... tak reti pakai bahan kimia...

      sekarang tengah nak mencari tempat sesuai untuk tanam petola.... hari tu tanam kacang, buat pancang habis runtuh sebab berat dan angin... jadi taknak perkara sama berlaku dengan pokok petola ni jugak...

      Padam
    3. Saya guna kayu bendera untuk kacang botor memanjat. Habis runtuh. Bila diteliti, rupa-rupanya anai-anai dah makan bahagian yang terpacak dalam tanah. Sekarang guna ranting hidup. Ranting hidup anai-anai tak makan.

      Padam
    4. saya pon gunakan ranting pokok...tapi lama kelamaan ia patah sebab reput...hehe rasanya nak pakai besi je... senang... tapi besi ni pantang nampak oleh pencuri... hilang dengan sia sia sahaja....

      tak terlanjur ingin bertanyalah, kalau pokok sawi dan spesisnya, sebagai contoh kalau kita ternampak ianya nak berbunga, kalau kita potong bunga tu sebelum dia membesar, apa jadi pada pokok sawi tu??? terbaca di entri sayur pak choi, kalau pokok berbunga, daunnya jadi kecil...

      Padam
  2. Untuk pastikan daun sawi tumbuh besar, buang bunga yang tumbuh. Kalau dibiarkan sawi berbunga, daun yang tumbuh akan kecil dan batang akan berserat.

    BalasPadam