Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 23 Mac 2012

Penyakit Tomato -- Penyakit Reput Hujung Buah

Beberapa biji tomato terkena penyakit Reput Hujung Buah (Blossom End Rot).  Penyakit ini disebabkan oleh pokok kekeringan ketikla buah membesar.  Ketika kering, akar muda akan rosak.  Ini menyebabkan penyerapan nutrien kalsium dan kalium tidak seimbang.  Kesannya, buah rosak di bahagian hujung.  Mula-mula hujung buah menjadi perang dan akhirnya hitam keras.

Jika ini berlaku pada tanaman tomato, kutip dan buang buah yang menunjukkan tanda reput dan pastikan pokok disiram selalu dan tidak kekeringan.


Buah tomato terkena penyakit Reput Hujung Buah

Di bahagian hujung buah menjadi telung berwarna hitam.

1 ulasan:

  1. Pokok Tomato saya disiram pada waktu pagi dan petang tetapi masih mengalami masaalah yang sama. Boleh terangkan kenapa jadi begitu?

    BalasPadam