Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 4 Mac 2012

Patch Sayur Di Belakang Rumah

Saya belum selesai lagi mengerjakan kawasan rumah.  Walaupun kawasan laman depan dah penuh dengan tong gabus dan pasu berisi sayur, di sebelah belakang belum dikerjakan.  InsyaAllah minggu ini akan saya kerjakan kawasan tersebut pula.  

Semak samun akan dipotong dan dibuat kompos.  Langkah-langkah membuat kompos tersebut akan dipos ke dalam blog ini.

Untuk patch tersebut saya akan pasangkan sistem pengairan menggunakan drip dan timer.  Ini perlu kerana cuaca sekarang sangat panas.  kalau pokok layu kerana lambat siram, pertumbhannya akan terbantut.  Perancangannya dah ada, tapi agak leceh jika ingin cari setiap bahagian sistem drip secara runcit.  Jadi untuk memudahkan kerja, saya akan beli kit sistem drip serta timer yang menggunakan bateri.  Cuma risau sedikit kalau letak di belakang rumah, maklum sajalah sebelah belakang tak nampak kalau ada orang yang tangan panjang melintas. Saya harap tiada yang tangan panjang bila siap sistem tersebut nanti.

Kawasan belakang rumah, akan dipenuhi dengan sayur dan herba.

Bunga rumpai.

Semak dah tebal.  Rumpai yang banyak ini tidak akan dibazirkan.  Ia akan dijadikan ramuan baja organik.

27 ulasan:

  1. Owh, ada dijual ye kit utk sistem drip? Biasanya ada dijual di mana dan berapa harga utk 1 set? terfikir jugak nak buat mcm tu di rumah bila kenang hanya saya yg ada sedikit masa nak menyiram, itu pun kadang2 miss jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah lihat di krdai hardware di tingkat atas Midvalley. Harganya saya kurang pasti.

      Padam
    2. Kalau timer yang guna bateri tu, guna konsep graviti ye tuan?

      Padam
    3. Ya. Kalau nak guna elektrik, leceh pulak, nak kena tarik wayar ke belakang rumah. Kos pun meningkat.

      Padam
    4. Kita guna baldi je la tuan.. Senang.. Jimat.. Hehehe.. Tgk kat MentahAgromart tu ada jual timer tu.. Tp x tau la berapa harganya.. Kalau berbaloi, nak juga try.. Harap berjaya la.. Boleh jimat kos sambil memudahkan kerja.. :)

      Padam
    5. He he, betul juga tu. Boleh burn lemak yang mula terkumpul ni.

      Padam
    6. Nampak gayanya kene guna teknik graviti tanpa 'Irrigation Timer'la.. Baru dapat feedback dari MA.. Harganya kurang memberangsangkan la.. X berbaloi utk 'petani' kecil mcm kita ni..

      Nanti minta tuan Iskandar kita wat demo la cara² membuat "mini drip kit".. Hehehe..

      Amacam tuan? :)

      Padam
    7. Wahhh.. Terima kasih sifu.. Hehe :)

      Padam
    8. saya cadangkan buat sambungan direct ke paip lagi senang.... lepas tu letak manual valve, jadi kita boleh kawal air yang keluar... cuma kelemahan, kadang2 boleh terlupa nak buka supaya air keluar....hehehe

      sebenarnya buat begini di rumah... cuma masa belum mengizinkan.... lepas nih, ingat nak tukar patch jagung kepada patch pokok seperti terung dan bendi... jagung tinggal masa nak matang...(tanam masa januari....)

      Padam
    9. Ok juga cadangan tu.. Situasi terlupa nak buka pili tu kira ok la.. Kalau terlupa nak tutup, bil air wow? Hehehe.. Maybe kena make sure yang manual valve tu dalam keadaan baik dan selalu diselenggara la..

      Jika mengaplikasi kaedah 'dripping' dengan menggunakan bekas atau baldi air sebagai tempat penyimpanan air mungkin lebih praktikal dari segi kos..

      Sekarang ni tinggal nak kaji, jumlah kuantiti air yang diperlukan dalam kaedah titisan (dripping) untuk masa sehari.. Dari situ, boleh dikira kapasiti bekas air yang diperlukan untuk menampung penggunaan sekurang-kurangnya seminggu sebelum ianya perlu diisi kembali..

      Mungkin juga boleh mengambil contoh "dripping system" yang digunakan oleh hospital untuk memasukkan air kedalam badan pesakit..

      Ini sekadar pandangan saya.. Jika tersalah fakta, tolong betulkan saya :)..

      Padam
    10. Zicron21ck, pasang valve direct ke paip? Macamana caranya? Maksudnya, buka paip secara manual setiap kali nak menyiram? Nak kena cari juga opsyen yang terbaik, paling praktikal dan menjimatkan. :)

      Padam
    11. Tentang penggunaan air pun saya sedang fikirkan. Mungkin boleh guna "gray water", misalnya air hujan yang dikumpul atau air basuhan. Semua tu masuk dalam opsyen.

      Padam
    12. cara senang buat sambungan T pada paip dekat mana mana paip utama... tak kisah paip kat sinki ke, paip kat luar rumah ke(yang mana dekat dan mudah.) lepas tu letak manual valve pada sambungan T itu tadi, paip selepas valve tu letak berhampian pokok...

      opsyen lain adalah dengan menggunakan penyambung paip mesin basuh.... cari penyambung yang sesuai pada ujung yang ber skru tu... option ini lagi senang dan praktikal rasanya.....

      nanti saya akan emelkan kepada en is idea saya ini....

      Padam
    13. Pengunaan air hujan juga boleh menjimatkan kos :)..

      Saya nak cuba memasukkan elemen graviti dalam sistem dripping ni.. Sejauh mana prestasinya, x pasti lagi :)..

      Padam
  2. kalau ingin membeli drip dan peralatan berkaitan fetigasi(lebih kurang la) boleh la tinjau2 kat sini.... saya pun nak beli tapi masih tak terbeli beli lagi.... sebenarnya agak penat nak ke hulu hilir membawa penyiram.... hehehe

    ingat nak buat sambung ke paip dan setiap pagi dan petang bukak je... tak yah la auto2... kurang rajin sikit...hehehe

    1. http://romatechagro.blogspot.com/
    2. http://mentahagromart.blogspot.com/

    harap membantu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. InsyaAllah saya akan tinjau-tinjau. :)

      Padam
  3. Salam tuan,

    Saya baru je dapatkan sistem paip fertigasi untuk 20++ pokok dari Romatech Agro.. Harga pun reasonable.. X mahal sgt.. Sesuai la utk org mcm saya ni.. Sistem pun sgt mudah dipasang dan dikendalikan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,
      Yg tuan beli tu yg pakej mini DIY 20 pokok ke?

      Padam
    2. Nak kena tgk juga ni. Tapi kawasan rumah saya sekarang terhad. Nak guna untuk sayur aja.

      Padam
    3. Salam..

      Ya.. Set untuk 20 pokok.. Tp saya nak guna untuk tanam pelbagai benih yang dibeli dari Tuan Iskandar dari TanamSendiri :).. Mungkin saya akan melakukan beberapa modifikasi supaya ianya bersesuaian dan menjimatkan kos..:)

      Tuan Is, layout penyusunan boleh diubah..X semestinya mengikut layout yg diberikan..

      Cara pemasangan pun mudah jer..

      Try la dulu.. Harga RM150.. Complete set with pump RM188.. Kalau dah ada pump akuarium lagi baik.. So RM150..

      Padam
    4. :) Saya niat nak guna drip aja. Kena tengok dulu opsyen yang terbaik.

      Padam
    5. Betul tu tuan.. Saya tgh mencari juga 'Irrigation Timer' yang guna bateri.. Cukup time, air disalirkan.. So xperlu la guna pump.. Jimat elektrik.. Modal untuk bateri AAA je.. Hehehe :)..

      Dari segi baja pula, mungkin saya menggunakan kaedah manual dimana pada hemat saya, ianya lebih menjimatkan dari menggunakan kaedah fertigasi yang lebih sesuai bagi pengeluaran berskala besar..

      Bagi hobbyist mcm kita, better guna yang setimpal dengan penggunaan kita..

      X gitu tuan Iskandar? :)

      Padam
    6. Saya ada pergi kursus fertigasi. Sistem tu bagus, bukan tak bagus, tapi kosnya tinggi. Kita yang bertanam kat rumah nak cut cost belanja dapur. Sistem drim guna graviti, free. :) Lagi pun sistem fertigasi boleh tersumbat sebab nozzle diletak kat dalam medium. Sistem drip air menitis tanma kena tanah. Maintenance kurang. Sesuai untuk tanam sikit-sikit.
      Tentu sekali yang paling jimat, siram secara manual. Nampaknya saya dah tak terkejar nak buat begitu, job dah banyak masuk.

      Padam
    7. Betul tu tuan.. Tapi sistem drip tu kena guna 'Irrigation Timer' x? Sbb kalau tiada timer, air akan sentiasa menitis.. Agak² tuan, berapa saiz bekas air yang perlu kita gunakan untuk sehari tanpa timer? Kalau x byk, xperlu la kita pakai timer ni.. Lagi jimat kos.. Guna graviti je.. Free.. Hasil lumayan :)..


      P/s : Job apa tu tuan? Hehehe.. BTW, ni off topic la tuan, tuan ada tulis buku berkenaan IT juga kan? :)

      Padam
    8. Job berkaitan dengan penulisan, ada sikit-sikit.

      Padam