Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 19 Mac 2012

Patch Belakang Rumah Sedia Untuk Bertanam

Minggu lepas saya ada posting tentang ruang belakang rumah untuk dijadikan patch sayur.  Semalam (Ahad) dengan bantuan anak-anak, patch tersebut telah sedia.  Tanah asal dalam patch ini adalah tanah pasir dan kurang nutrien.  Tanah juga cepat kering kerana tanah tersebut tidak mampu untuk menampung air.  Kami telah tambahkan tanah campur yang mengandungi tanah liat serta kondisyener tanah iaitu tanah yang mengandungi baja kandang yang telah diproses.  Tanah pada mulanya berasid telah dilaraskan ke pH 6.5.
Patch ini akan di tanam dengan 3 kumpulan tanaman.  jalur tepi pagar dengan tumbuhan memanjat.  Mungkin akan diletakkan kacang pea, kacang panjang dan kacang buncis.  Bahagian tengah dengan kailan dan bahagian depan dengan sawi bunga wang bujang.
Sistem pengairan, kami akan siram dengan bilasan air basuhan 2 minggu sekali serta pasang drip air paip menggunakan sistem drip dan timer yang terjual di kedai.  Apabila mahir nanti, insyaAllah kami akan bina sendiri sistem drip.

Patch belakang rumah yang telah disiapkan dengan bantuan anak-anak. 

Tanah dibaiki untuk menambah nutrien yang boleh dicapai oleh tanaman serta keupayaan menyimpan air.

6 ulasan:

  1. Wahhh.. Akhirnya dah siap pun :).. Patut la lama tak update blog :).. Selalu cepat je.. Rupa-rupanya dikerjakan patch belakang rumah..

    X sabar nak tunggu sistem drip yang tuan nak gunakan tu.. :)..

    Anyway, tahniah tuan.. Patch yang ditunggu-tunggu akhirnya siap juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, amat mencabar kerana akhir-akhirni suhu mencecah 95F (35C). Mendidih kepala dibuatnya.

      Padam
  2. emmm... rumpai diluar pagar tu tak mengganggu tanaman ke?...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengganggu juga, kerana rumpai tu boleh jadi tempat makhluk perosak berteduh. Ia juga akan menyerap sebahagian dari nutrien.

      Padam
  3. rasanya tanah sekeliling rumah saya pun perlu di perbaiki dan di rawat dulu. susahnya bukan sbb rumput, tapi sbb setiap kali hayun cangkul mesti kena batu, sisa jubin dan genting. rasanya pekerja yg buat rumah tu dulu tanam semua sisa binaan sebelum tambak sekitar rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh kita menghadapi masalah yang sama. Sebab itu saya bina raise bed. Timbun tanah baru. Dulu pernah saya kutip batu bata satu-satu. Kena pakai sarung tangan tebal... dan memakan masa yang lama.

      Padam