Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 24 Mac 2012

Menyemai Kacang Panjang

Untuk patch belakang rumah, saya akan semai beberapa pokok kacang panjang dan kacang buncis untuk diletakkan di baris paling belakang, untuk memanfaatkan pagar yang boleh digunakan oleh pokok kacang untuk memanjat.  Kalau tanam kacang panjang, anda boleh semai terus di tanah, tetapi saya lebih gemar semai dalam dulang semaian terlebih dahulu.  Ini untuk mengelakkan benih dimakan semut atau dicuri burung atau tikus.  Pada pendapat saya kalau semai dalam bekas dulu, saya dapat kawal faktor tersebut.
Alatan yang digunakan termasuk cawan styrofoam, dulang semaian, dulang takungan yang mempunyai saiz lebih besar sedikit daripada dulang semaian.  Bahan yang digunakan termasuk tanah, biji benih, dan air suam.  Kaedah yang saya gunakan amat mudah.

1.  Keluarkan kacang panjang  dan masukkan di dalam cawan gabus.  Benih yang saya semai ialah kacang panjang Silver white, kacang panjang Green Crane, kacang panjang Red Light Long dan kacang panjang Green Arrow.  Semua kacang panjang dari jenis tersebut ada dibekalkan di blog ini.
  


Beberapa jenis kacang panjang.
 2.  Tuang air suam ke dalam cawan gabus tersebut dan biarkan selama 2 hingga 12 jam.  Saya rendam selama 8 jam..

3.  Benih akan menjadi bengkak dan lembut.  Tujuan merendam dalama air suam adalah untuk mengkatifkan benih.  Ini adalah untuk mencepatkan percambahan.  Anda boleh terus menyemai tanpa merendam.

4. Keluarkan benih dari cawan.  Benih sedia untuk disemai.  Mungkin ada antara benih telah menunjukkan tanda-tanda percambahan.  Misalnya gambar di bawah menunjukkan benih yang telah kelihatan hujung akar utama.

Pelbagai benih kacang panjang selepas direndam selama 8 jam.


Benih yang telah menunjukkan tanda percambahan, iaitu akar utama telah kelihatan.


5.  Sediakan tanah atau medium semaian.  Anda boleh gunakan tanah biasa yang telah dibakar, atau tanah campur atau tanah organik yang ada dijual di pasaran.  Tujuan menggunakan tanah bakar adalah untuk menghapuskan makhluk perosak yang mungkin akan memakan benih tersebut.  Benih yang diedarkan mnelalui blog ini telah diletak ubat, iaitu antikulat. Jika anda ingin gunakan tanah biasa pun boleh juga.  Biasanya masalah makhluk perosak bukanlah masalah besar.


6.  Tanah organik yang sesuai untuk semaian biasanya berwarna hitam dan ringan.  Tuang tanah ke dalam sel dalam dulang semaian.  Jangan mampatkan tanah untuk mempastikan uadara dalam tanah mencukupi.

Tanah berwarna hitam dan ringan.



Tanah diisi  dalam sel dalam dulang semaian.  Tanah tidak dimampatkan. 

7.  Masukkan dulang semaian ke dalam dulang yang mempunyai saiz lebih besar sedikit.  Kemudian tuangkan air sehingga separuh penuh.  Air akan diserap ke dalam tanah di dalam sel. 



Dulang semaian diletak ke dalam dulang yang lain.



8.  Tuangkan air di dalam dulang bawah sehingga 1/4 penuh.  Aras air akan turun apabila air serap masuk ke dalam tanah di dalam sel dalam dulang semaian.

Air dituang ke dalam dulang sehingga 1/4 penuh.

9.  Aturkan satu atau 2 biji benih di atas setiap sel.  Saya hanya aturkan 1 biji benih pada setiap sel.


Benih di atur di dalam sel semaian.
10.  Dengan menggunakan jari, buat lubang sedalam 2 cm dan masukkan benih.  Kemudian kambus lubang tersebut dengan tanah atau medium.

11. Labelkan sel yang mengandungi benih dan catatkan maklumat di dalam buku jurnal.  Maklumat jenis tanah, jenis benih dan waktu menyemai dicatatkan.  Untuk label sel, saya gunakan batang aiskrim.
 

Petak yang mengandungi sel dilabelkan.
12.  Letakkan bekas semaian di tempat yang selamat daripada burung dan semut.  Perhatikan percambahan benih.  

Biasanya tanda-tanda pertumbuhan akan kelihatan selepas 1 hari. 

Kacang panjang yang bercambah selepas 24 jam biji benih disemai.

Cambahan kacang panjang, 48 jam selepas disemai.

Cambahan selepas 72 jam.

Cambahan selepas 5 hari.

15 ulasan:

  1. Alhamdulillah..panduan ini sangat berguna.Terimakasih tuan.Semoga segala usaha diberkati Allah,

    BalasPadam
  2. Menarik info ni, baru faham cemana nak tanam secara bijak. Tak sangka banyak betul rahsia nak bertani nie. Terima kasih tuan!

    BalasPadam
  3. Terima Kasih tuan untuk segala informasi :).. Info ni ada dalam buku tuan kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ada. Ada juga buku yang saya tunjukkan kaedah lain. Buku ada 19 buah semuanya, dalam satu set.

      Padam
  4. Salam En Iskandar,

    Kaedah ni sesuai untuk semua jenis biji benih atau benih kacang shj?
    macam mana dgn benih2 yg kecil n ringan? cth sawi, salad?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walalaikum Salam Mama Melur,
      Kalau sawi dan salad, lebih sesuai guna dulang biasa, maksud saya dulang tanpa sel. Untuk siram guna botol mineral yang ditebuk lubang halus pada penutup botol. Baru-baru ni saya guna kaedah di atas untuk semai sawi wang bujang. Ada beberapa sel, anak sawi mati kerana terkena penyakit damping off. Mungkin sebab saya letak di tempat redup, jadi kulat membiak.

      Padam
  5. good tips..taktau pon kena rendam dulu benih kcg tuh before semai....thanks for sharing..:)

    BalasPadam
  6. kita selalu je lupa nak labelkan benih semaian... konon nak buat kemudian... sudahnya lupa terus... lepas tu mmg lupa dlm petak semaian tu ada benih apa... pandai-pandai la mengagak... kalau anak benih kacang, timun, bendi senang la kenal... kena adik-beradik sawi dgn salad... alahai... mula la keluar ayat 'anak sapa la ni?'... hihihihi... kena beli aiskrim gak la lepas ni... ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh... ok... dah nampak dah kedai mana nak cari kayu aiskrim tanpa makan aiskrim ni... TQ... ;p

      Padam
  7. utk penanda tanaman saya guna botol yogurt nestle. potong panjang2 buat peanda.dpt idea setelah kehabisan kayu aiskrim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Idea yang baik dan praktikal. Memang dah kehabisan kayu aiskrim.

      Padam
  8. En Is, peat moss tu 1 beg berapa liter?

    BalasPadam