Rakan-rakan boleh semai benih nona atau durian belanda secara terus. Dapatkan biji benih daripada buah yang ranum. Selepas dibersihkan isi yang menyelaputi benih jangan disemai terus. Biarkan benih "tidur" dulu sekurang-kurangnya selama 2 minggu. Jemur untuk keringkan tertapi jangan di bawah cahaya matahari yang terik. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Dua hari sebelum menyemai, keluarkan biji benih dari peti ais dan biarkan di suhu bilik. Apabila sedia untuk menyemai, toreh bahagian tengah biji benih untuk aktifkan dan semai di dalam lubang sedalam 2 hingga 3 cm. Jangan rendam biji benih nona atau durian belanda sebelum menyemai. Ini akan melemaskan biji benih dan ia tidak akan bercambah.
wah! ini betul-betul pro ni. Tak pernah saya tanam dgn kaedah ni - simpan, biar dan toreh sblm semai. Biasa teknik kg je, ada benih semai, tggu je lah, ada rezeki, tumbuh :D
BalasPadamBab toreh tu, sekadar mana torehan nak dibuat, tuan?
Toreh bahagian tengah benih melepasi bahagian kulit. Ini untuk aktifkan benih. Kalau tak toreh lambat bercambah. Ini pun teknik kampung, orang tua-tua ajar masa saya kanak-kanak dulu.
PadamTerima kasih atas info. Skrg ni susah nak jumpa pokok durian belanda dijual.
PadamBetul tu, memang susah nak cari.
PadamAda tak panduan utk menanam durian belanda. Saya tanam 2 pokok tapi nampak agak sukar untuk membesar.. kurang subur..
BalasPadamencik, nona dan durian belanda adalah buah yg sama?
BalasPadamTak sama.
PadamSalam ,encik saya baru sahaja tanam 150 pokok durian belanda.Dengar khabar harga pasaran bagus.brapa harga 1kg.
BalasPadamBagaimana pertimbangan sdr menanam 150 pokok; sudah berapa umur pokok=pokok itu, dan setelah berapa lama mendapat hasil? jika saya ada satu ekar tanah, berapa pokok bokleh saya tanam dan berapa kosnya?
BalasPadam