...Tanah Berasid
Tanah yang berasid boleh menjadi punca kepada masalah tanah
kerana tanah yang berasid mampu menghalang nutrien daripada diserap oleh
tumbuhan. Nutrien yang dimaksudkan
termasuk fosforus, kalium, nitrogen, magnesium, dan molibdenum. Tanah yang bersid juga mendedahkan tumbuhan
kepada unnsur yang toksik, misalnya aluminium dan mangan, yang lazimnya ada
dalam tanah yang berasid.
Misalnya, aluminium adalah 75 kali lebih mudah diserap dalam
tanah pH 4.5 daripada tanah dengan p H 5.5.
Organisma yang bermanfaat yang ada di dalam tanah juga
kurang aktif dalam tanah yang terlalu berasid.
Contohnya, cacing tanah tidak akan tinggal dalam tanah yang berasid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan