Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 2 Mac 2012

Menyelaraskan pH Tanah, bahagian 1 daripada 25


Kebanyakan tanaman gemar tumbuh dalam tanah yang neutral, atau berasid sedikit, iaitu pH sekitar 6.0 hingga 7.0.  Jangan guysar kalau perkataan pH mengingatkan kembali kepada kelas Sains atau Kimia di zaman persekolahan dulu.  Saya akan bincang semudah yang mungkin.

Tanaman gemar keadaan tanah sedemikian kerana nutrien mudah diserap.  Kalau tanah terlalu berasid atau beralkali, nutrien tersebut ada tetapi gagal diserap kerana nutrien tersebut bergabung dengan bahan lain membentuk sebatian.  Lagipun, tanah yang terlalu berasid atau beralkali kadang-kadang menyebabkan pokok menyerap toksik.

Konsep pH bukan benda baru bagi rakan-rakan yang belajar di sekolah menengah.  Ia nampak susah kerana kita tidak faham maksud sebenarnya.  Masa belajar main hafal saja tanfa memahami konsep di sebalik nilai tersebut.  Itu yang menyebabkan pH nampak susah.

pH bermaksud potential hydrogen (potensi hidrogen), iaitu imbangan ioh hidrogen (H+) dengan ion hidroksida atau hidroksil (OH-).  Apabila ion tersebut bergabung, ia membentuk molekul air, iaitu H-O-H.  Di dalam air tanah, molekul air tersebut terpisah kepada ion H+ dan OH- kerana kehadiran nutrien.

Ion-ion tersebut bergabung dengan zarah-zarah lain dalam tanah untuk membentuk sebatian yang baru atau melekat pada zarah-zarah tanah liat dan humus, jadi disebut potensi keasidan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan