Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 1 Mac 2012

Memproses Ayam Belanda Sendiri

Pernah ingat ketika zaman kanak-kanak dulu.  kami makan ayam setahun sekali aja, iaitu Hari Raya.  Kalau ada tamu istimewa, dapatlah merasa gulai ayam lebih dari sekali setahun.  Itu pun, dapat isi satu cubit aja.  Rasa kuah ajalah.  Sebab bila nak sembelih ayam, kena cari orang lebai, "takut sembelih tak sah", kata mak.  Jadi sebahagian terpaksa share dengan pak lebai dan jiran-jiran terdekat.  Begitulah kehidupan zaman dulu.
Bila dah besar sedikit, mak saudara ada bagi ayam sepasang.  Saya bela hingga membiak sampai 100 ekor lebih.  Dapatlah makan bila kepingin, tak perlu tunggu raya atau tamu istimewa.  Tapi itupun mak beri syarat,  mesti siang sendiri.  Tapi nikmat makan ayam yang banyak tak lama. Suatu pagi seekor ayam mati kena penyakit hawar.  Saya lambat asingkan sebab pergi sekolah dulu.  Pulang dari sekolah, 80 ekor tergolek.  Yang tinggal cuma induk yang dah lali dengan penyakit tersebut.  Terus "patah hati" nak bela ayam.
Nasib baik ada ustaz yang baik hati ajar cara sembelih. Tak perlu lagi cari pak lebai untuk sembelih ayam.  Boleh sembelih sendiri.  Mula-mula saudara-saudara protes tak mahu makan ayam saya sembelih.  Tak sah sebab saya bukan pak lebai.  Lama-lama akak sepupu saya kata, sah tak sah, ayam dah mati.  Putus urat halkum ngan urat mereh, masa sembelih baca bismillah.  Aku tak kira, aku nak makan.  :)
Masalah siang ayam sendiri ni masalah besar juga.  Masa tu bukannya ada air paip macam sekarang.  Siang ayam tepi perigi.  Guna timba ambil air.  Cerewet.  Satu ekor ada lah sekerat hari ambil masa menyiang.  Masi itu masih di sekolah rendah.  Tapi saya perasan mak intai dari jauh.  Senyum aja dia.
Sekarang kalau prosaes sendiri, kalau dah mahir tak sampai 1 jam.  Ayam belanda yang saya sembelih ini masih muda.  Jadi ambil masa 45 minit aja menyiang.  Niatnya nak dibuat sup.

Cara menyiang ayam/ayam belanda.
1. Potong pada bahagian tengkuk dan sendi di kaki dan buang kepala serta kedua-dua belah kaki.

Kerat bahagian tengkuk (tempat sembelih) dan sendi kaki kiri dan kanan.

2.  Cabut bulu ayam.  Mulakan dengan bulu pelepah dahulu.  Kemudian cabut bulu yang kebih kecil.


Cabut bulu.  Mulakan dengan bulu pelepah yang bersaiz besar.

Bulu mudah dicabut kalau ayam disiang terus selepas sembelih.  kalau lambat siang dan ayam dah mula keras, elok rendam dalam air panas dulu.


Kemudian cabut bulu halus.
3.  Salai ayam pada api sederhana.  Kata orang Terengganu, "layor api" untuk bakar bulu-bulu yang halus.

Salai di atas api untuk buang baki bulu halus.

4.  Kerat hujung kepak yang masih tertinggal bulu pelepas yang susah ditanggalkan.

5. Toreh bahagian tembolok dan tarik keluar untuk ditanggalkan.  Hati-hati jangan sampai terkeluar isi tembolok.

6.  Toreh bahagian bawah untuk dedahkan nahagian dalam ayam.  Toreh keliling bahagian liang bawah.  Hati-hati jangan sampai usus terpecah. 



7.  Tarik keluar bahagian dalam ayam.  Asingkan jantung.  Belas dan bersihkan bahagian dalam jantung.

8.  Dengan berhati-hati asingkan bahagian hati.  Asingkan hempedu.  Hati-hati ketika asingkan hempedu.  Jangan sampai hempedu pecah.  Buang bahagian hempedu.

9.  Tanggalkan pedal.  Buang bahagian usus.



10.  Di bawah air mengalir, belah pedal.  Keluarkan isi pedal dan siatkan selaput bahagian dalam pedal.  Buang selaput tersebut.

Belah pedal dan siat selaput bahagian dalam pedal.


11.  Potong daging ayam belanda/ayam ke saiz yang lebih kecil dan basuh.

Daging ayam belanda sedia untuk dimasak.
Nah anda sedia untuk memasak ayam belanda/ayam tersebut.

12 ulasan:

  1. Perghh.. Terliur lak dibuatnya.. Hehehe.. X pernah rasa ayam belanda ni.. Rasa ayam belanda ni mcm ayam jugak ke? :)

    P/s : Tuan orang Terengganu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya lain sikit sebab ayam belanda suka makan rumput. Rasanya unik sedikit.

      Ya org Terengganu. Saya asal Kg Tuann, Cukai. Mem org Kg Duyong, Seberang Takir.

      Padam
    2. Owh.. Kedua-dua orang tua saya orang Terengganu jgak.. Hehehe.. Tu yg perasan yg sometime tuan ada guna loghat Terengganu dlm penulisan tuan.. :)

      Padam
  2. Kelakar bila orang kata sembelih tak sah sebab bukan pak lebai yang sembelih. :-) Tabik sebab tuan dah pandai menyembelih semasa di sekolah rendah lagi. Kalau semua anak-anak tahu menyembelih alangkah bagusnya.

    Dengar cerita kaki ayam tu banyak collagen dan mineral, bagus untuk kesihatan. Kalau saya, saya kumpulkan kaki, kepala dan tulang ayam belanda tu, campurkan cuka epal atau apa-apa cuka semulajadi barang sesudu dua,letakkan air secukupnya kemudian didihkan dengan api perlahan beberapa jam. Dalam slow cooker pun senang. Nanti keluarlah gelatin, collagen dan mineral semulajadi. Kita boleh jadikan stok untuk menggantikan kiub stok. Saya rasa collagen buat sendiri ni lebih baik berbanding supplemen collagen yang hangat di pasaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kaki ayam banyak kalogen. Tapi ayam belanda bela sendiri ni, kaki dia tak ada isi langsung. Urat kaki, fuh kasar macam dawai. Patah gigi kalau nak makan. :P

      Padam
    2. Tak apa, kita tak payah makan kaki tu, bila dah buat stok ayam macam kat atas tu, kita makan sup/stok tu aje, sebab khasiat semua dah turun ke stok tu. Saya suka makan ayam kampung, dan kakinya + kepalanya saya kumpul dalam freezer, bila dah banyak dibuat stok. Sedaaap. Jadi perencah masakan. Kita simpan dalam acuan kiub ais, jadi boleh pakai sikit2. Atau dalam tupperware/beg plastik.

      Padam
    3. ye ke kaki ayam banyak collagen??? baru tahu... tapi memang feveret kaki ayam dibuat sup...hehehe lebih2 lagi kalau memang dah lembut... tapi ayam bandar la aka ayam daging...

      ayam kampung dah tak bela....teringat plak dulu abang saya balik(lari sebenarnya) dari pondok di kelantan, dia bawak balik ayam daging yang jenis besar(keluarga saya panggil ayam israel...tak tahu dari mana datang nama tu) dan berkahwin dengan ayam kampung... telurnya, besar betul... kalau di gredkan rasanya gred AA kot... sebab besar... tapi itu dululah... sekarang dah tidak membela ayam...

      Padam
    4. Ya, banyak kalogen. Ayam besar? Ayam gergasi kot?

      Padam
    5. ntahlah... rasanya ayam daging spesis tak tahu la.... kene tengok ayam2 kat kelantan la.... yang dapat tahu warna mereka oren/perang keemasan.... sama je jantan betina....

      Padam
  3. Salam... tingat msa kecik2 dlu... selalu tonton mak proses aym kg... sama je kaedah dgn encik lakukan... satu ketika dlu jiran bg sy 2 ekor aym hutan yg msh berbulu... jiran sblh rmh pun dpt jga... bila kami borak2 tnya apa dia msk dgn aym hutan trsbt... rupa2nya dia buang je sb xreti nk cabut bulu... astaghfirullah alangkah ruginya... alhamdulillah berkat selalu menonton mak proses aym maka aym pemberian jiran tersbt tlh slmt sy hidangkan kpd klga... n now ank2 sy pula ralit tonton nenek dia proses aym kg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laar, kenapa dibuang. Dia boleh bawa pergi pasar dan minta orang pasar proseskan. Ayam hutan pun enak. Kalau masak guna pressure cooker, kurang sikit masa memasak.

      Masa kecil dulu ayah saya pun suka pergi menembak ayam hutan. Seharianlah mak ambil masa memproses ayam tersebut. Masa tu di rumah, kami masih pakai dapur kayu lagi. Nak tunggu empuk daging, seharianlah.

      Padam