Pokok anggur ini ditanam di depan sebuah kedai runcit di (Taman Damai Mewah) Kajang. Pokok ini menjalar di tiang depan kedai runcit tersebut. Bila saya selak daun, ada 7 tangkai buah anggur yang lebat. Dua tangkai dah hampir ranum. Kalau ada keinginan, mana-mana pun jadi.
Setangkai anggur di Kajang. |
Pokok anggur di depan kedai runcit di Taman Damai Mewah, Kajang. |
Anggur jenis apa yg senang tanam dgn keadaan cuaca msia ni??
BalasPadamTak pasti, warna buah hijau.
Padambanyak baca pasal anggur ni... tak silapnya ada beberapa spesis yang boleh ditanam... cuma kaedah untuk membuahkannya yakni membuang daun(mimik kepada musim sejuk) haruslah tepat pada masanya...
Padamingat nak beli pohon anggur, tapi memikir dimana nak tanam.... sebab takde tempat nak letak pergola... rasanya macam nak letak di pagar je...huhuhu
zicron21ck,
PadamKalau letak dipagar, takut orang lain yang 'sapu' dulu.. Hehehe :)..
:)
Padambudak2 mungkin la ambil... tanah sebelah rumah ni tanah arwah atuk, kosong je... cuma tu la kalau budak2 nampak mahu dipetiknya... kita bukan tahu...hehehe
Padamkat rumah Pak Su kita pun dia ada cuba tanam... tapi sbb pokok anggur tu memanjat pd pergola - jadi tinggi, susah nak petik buah... paling haru bila nak petik, tupai dulu yang jamah... ;p
BalasPadamMama ejaMaria,
Padamrasanya kalo tupai itu kira ok lagi, mudah nak diselesaikan. Di rumah saya setakat ni pokok mangga dan delima berbuah, si Cik Mon yang meratah waktu buah masih muda. Anggap je la rezeki depa :D
Kalau cik Sin Mon boleh guna belacan jadikan penghalau. Rasanya dulu ada saya tunjukkan cara, nanti saya semak semula posting, mungkin lupa letak.
Padambuah anggur ni ramai yang suka... tapi bila kita dapat rasa sebiji... tidak la manis - masam... tak tau la kalau buah tu belum masak betul... sbb hijau kan... ;p
PadamMacam ditanam dalam pasu je, betul ke tu tuan?
BalasPadamYa, mereka tanam dalam pasu.
PadamKawan saya ada tanam anggur jenis ni di rumahnya di USJ.. Asalnya ditanam untuk melitupi pergola yang dibuat.. Tapi berbuah pula.. Buahnya hijau.. Rasanya pula masam.. Mungkin disebabkan faktor suhu, iklim dan tanah di tanah rendah.. Walaupun masam, ianya masih sedap dimakan :)..
BalasPadamKalau masam, mungkin masa untuk tuai belum sampai. Petua dari nurseri yang jual pokok anggur. Katanya, dua minggu sebelum tuai, campurkan sesudu garam dengan baja. Letakkan di pangkal pokok. Saya cuba, manis sikit tapi tak semanis yang diharapkan. Bila saya baca tentang penanaman anggur, rupa-rupanya buah belum sedia untuk dituai.
PadamOwhh.. Tapi bagaimana nak tentukan anggur tu sedia untuk dituai sebab warnanya tetap hijau? Adakah bila kita lihat tangkainya berubah kepada warna coklat?
PadamPersoalan itu juga bermain dalam kepala saya. Nampaknya kena baca lagi ni. Hari tu ada kawan pengedar buku tunjukkan buku cara penanaman anggur. Buku untuk profesional, harganya pun profesional lah. Saya belek aja, harga dekat 4 angka. Slow aja letak balik buku kat rak pengedar. :)
PadamHehehe, mesti buku dari luar negara.. Tu yang mahal..
PadamKalau buku yang disasarkan kepada pembaca hobbyist, kebiasaannya harga tidaklah mahal. Kalau pembaca professional grower, memang mahal. Lagipun jumlah pembaca tahap ini amat sedikit dan kos penghasilan bahan dan penerbitan amat tinggi. Buku-buku begini biasanya disasarkan kepada pusat sumber.
PadamKalau begitu, dekat Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mesti ada kan? So boleh la refer kat sana :).. Tapi nak pergi kesana la 'bercinta' tu.. Hehehe..
PadamSepatutnya ada.
PadamSaya terjumpa artikel berkaitan penanaman anggur bahasa Indonesia, di bawah sebahagian mengenainya
Padam"Sekitar 105-110 hari sejak dirompes atau 90 hari sejak bunga mekar buah telah dianggap matang. Matangnya buah juga terlihat dari tepung yang menyelimuti kulit buah serta terciumnya aroma khas anggur. Warnanya hitam, merah tua, atau putih kehijauan tergantung varietas yang ditanam."
Tak pasti sejauh mana benarnya info ini
Kalau 90 hari selepas bunga mekar mungkin betul tu. Kita kena tanam anggur dulu baru tahu. :)
Padamsuka tengok dalam pasu tu. Rasa macam tak mustahil untuk ditanam sesiapa. Kat rumah ada sepohon... harap2 berbuahlah suatu masa nanti.
BalasPadamYa, memang tak mustahil.
Padamsaya juga ada tanam anggur. beli di ladang anggur dekat jalan lekir,sitiawan perak. ladang ini menjual baja untuk anggur. Last baja adalah baja untuk memaniskan buah anggur.
BalasPadamPokok dah berbuah?
Padamsmlm baru beli pokok anggur..area hospital Sg Buluh RM10 sepokok...sajer try...tp blom pk nak letak mana... ;-)
BalasPadam