Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 20 Mac 2012

Makhluk Perosak -- Kekabuh Mentimun, Aulacophora indicus

Kekabuh bersaiz ladybird ini mungkin menjadi masalah jika rakan-rakan menanam pokok memanjat, misalnya mentimun, labu air dan petola.  Ia memakan daun tanaman.  Kalau terjumpa, tangkap dan bunuh.
Kali pertama saya menanam mentimun, hampir semua pokok yang disemai musnah diratah serangga dari jenis ini.  Namun begitu, percubaan kedua berjaya kerana serangga ini tidak lagi muncul di perkarangan rumah.  Mungkin serangga tersebut singgah secara bermusim -- mungkin musim membiak.  Atau ia telah dimakan pemangsa.  Apa-apa pun, untuk mengawal makhluk perosak, kita perlu faham tentang makhluk tersebut.
 
Aulacophora indica, kekabuh mentimun

11 ulasan:

  1. Tuan, kalau guna campuran yang tuan syorkan untuk menghapuskan bena (aphid) tu boleh x?

    BalasPadam
  2. Larva dia boleh pakai ramuan tu, tapi kakau kekabuh, kita spray dia terbang lari aja. Kemudian datang balik. Boleh buat perangkap.

    BalasPadam
  3. Perangkap lalat buah tu ke tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan. Perangkap lalat buah, sebagaimana yg saya bincangkan dalam posting sebelum ni, bukan opsyen terbaik. Saya kena pergi berguru dengan sahabat5 saya dulu kat Paka, Terengganu. Dia pakar perangkap serta kawalan biologi.

      Padam
    2. Wahh, siap kena gi menuntut ilmu lagi tuan :).. Kena tunggu ni posting berkenaan cara kawalan biologi dari tuan.. Sebab kawasan rumah saya banyak sangat makhluk perosak terutamanya jenis berterbangan ni..

      Padam
    3. Sahabat saya tu memang kerja dia cari solutioin untuk ladang. Memang seorang profesional dalam kawalan biologi. Setiap kali berbincang banyak dapat belajar. Tapi orang macam ni mana lekat kat rumah. Kalau nak jumpa, nun ceruk ladang dia bermain, siang-malam.

      Padam
    4. Hehehe, kalau dah minat, memang macam tu tuan.. Kira dah sebati dalam kehidupan dia.. :)

      Padam
  4. En Iskandar, timun saya dah mula keluarkan buah, banyak jugak..( so happy!), tp masalahnya, yg membesarnya tak banyak, most of them turned yellow and dropped. Kenapa ye? Sy guna baja organic, sembur garbage enzym yg buat sendiri tu dan tak pakai sebarang racun sbb cuba nak jadikan organic vege.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok mentimun ada dua jenis. Kalau jenis outdoor, bunga perlu didebungakan. Kalau tiada penmdebungaan berlaku, buah akan menjadi kuning dan luruh. Kalau jenis F1, ada yang tidak perlu pendebungaan, kalau didebungakan, buah akan menjadi pahit. Sebab lain, mungkin kurang jenis nutrien tertentu.

      Padam
  5. Oh, saya tanam benih yg dihantar oleh En Iskandar tu...x tau lah plak jenis apa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin mentimun baka pendebungaan terbuka (OP). Jenis itu perlu didbungakan. Mungkin tiada serangga pendebunga berkunjung ketika bunga jantan dan bunga betina mekar. :(

      Padam