Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 30 Mac 2012

Layout Untuk Patch Belakang

Untuk patch belakang rumah, sistem perairan akan menggunakan sistem titis dengan timer.  Air akan disiram setiap 6 jam dengan titisan selama 10 minit setiap kali siraman.  Waktu dan jangka masa siraman akan dilaraskan mengikut keperluan.  Patch ini akan ditanam dengan tiga barisan tanaman iaitu barisan belakang dengan pokok dari jenis kekacang.  Ini untuk memanfaatkan pagar yang sesuai untuk pokok kacang memanjat.  Buat permulaan kami akan letakkan pokok kacang panjang dan kacang buncis. 

Baris tengah, kami akan letakkan pokok kailan ataui mana-mana jenis pokok sayur daun yang bersaiz besar.

Baris depan kami akan letakkan pokok sawi bunga atau mana-mana jenis sayur daun bersaiz kecil.  Oleh kerana kawasan belakang rumah terpisah daripada kawasan lain, kemungkinan besar tanaman tersebut tidak akan diganggu makhluk perosak.  Kalau diganggu, tanaman akan diselang seli dengan tanaman herba.

InsyaAllah sistem akan dipasang pada hujung minggu ini.

Layout patch belakang rumah.
 


4 ulasan:

  1. Wah, bagusnya.. Minta tuan beri keluasan minima bagi sesiapa yang berminat untuk membuat sistem titis ni dihalaman rumah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kurang pasti tentang saiz minima. Tapi patch saya ni pun kecil aja. Nanti saya berikan ukurannya. :)

      Padam
    2. Sama-sama. Saiz patch belakang rumah saya, 2 X 12 kaki, kecil aja. :)

      Padam