Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 23 Mac 2012

Kekabuh Mentimun. Aulacophora indicus mengerjakan daun labu air

Kecil-kecil cili padi.  Walaupun kecil, makhluk perosak, Kekabuh Mentimun, Aulacophora indicus bukan boleh dipandang remeh.  Selera kekabuh ini besar.  Satu ekor mampu meratah hampir seluruh pokok mentimun.  Di laman saya, kekabuh ini menikmati daun pokok labu air.  Lihat sendiri kesannya. :(

Kekabuh Mentimun, Aulacophora indicus suka memakan daun pokok menjalar seperti labu, mentimun dan peria.
Kekabuh Mentimun, Aulacophora indicus memakan daun labu air.


Daun yang telah dimakan Kekabuh Mentimun.

11 ulasan:

  1. Aduh! Daun mcm kena bakar jadinya ye... syukur setakat ni saya belum pernah alami serangan dpd kekabuh ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau singgah di pokok mentimun, satu bokok boleh dihabiskan dalam satu petang sahaja. Kekabuh jenis ini menyerang secara berkumpulan dan bermusim.

      Padam
  2. oh... dia punya kerja rupanya... pokok timun dan buncis saya... hari sebelumnya ok... hari esoknya tengok daun dah takde... klu ada yg tinggal (daun tua) mcam dlm gambar tu la... dah mcm daun reput... kerja dia rupanya...
    kekabuh jenis ni halus kan... kalau tak perhati betul-betul tak perasan pun dia ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cara nak hapuskan?... selain semburan racun?...

      Padam
    2. Saya kutip satu satu dan penyet sampai puas hati. Tapi lepas tu kena basuh tangan. Baunya kuat.

      Padam
  3. betul la... selera diorang besar... selalu tengok kat pokok timun... dulu kat pokok labu banyak, da tanam timun, dia pi kat timun plak...huhuhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serangga ini memang menjadi masalah besar kepada pekebun. Bukan di negara kita aja. Khabarnya di Indonesia dan Filipina juga ia membawa masalah.

      Padam
  4. akibat serangan kekabuh oren ni daun labu n timun batu habis dikerjakannya. yg plg tragis...labu siam pon dibedalnya. saya tampar macam tampar nyamuk. sungguh geram. menurut bacaan saya di internet, perosak oren ni x aktif waktu pagi. jd lebih mudah nk hapuskan time tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapat tak bila tampar? Kekabuh ni terjun dulu baru terbang. Cara membunuhnya, tadah talam yang diisi sedikit air sabun kira-kira 6 inci dibawah daun yang ada kekabuh. Kemudian goncangkan sedikit daun, ia akan jatuh ke dalam talam.

      Padam
  5. ada yg dapat ada yg tak. dah lebih seminggu bermaharajalela. hasben saya siap nak guna raket bunuh nyamuk. sebelum pergi kerja kami anak beranak cuba cari dan bunuh.

    BalasPadam