Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 6 Mac 2012

Kapsikum atau Habanero?

Masalah bila menyemai banyak jenis benih, label penanda hilang dan jurnal tak diupdate.   Kalau ikutkan ingatan, semai jalapeno baka siam, tapi rupa macam kapsikum.  Nak kata kapsikum, pedasnya macam peluru.  Kena kulit rasa macam nak melepuh walhal buah cili masih muda.  Tengok pada tin bekas benih, pembekal letak gambar cili warna hijau muda.  Apa-apa pun, cili ni bukan boleh dibuat main-main.  Kalau nak makan, kena jeruk dulu supaya pedasnya tawar sedikit.  Baunya aja dah memedihkan mata, belum lagi masuk ke mulut.

Kapsikum atau jalapeno? 

Bila ranum nanti mungkin boleh jadi daya penarik, cantik.

Cili ini pedas melampau.
-----------------------------
Cili ini adalah dari baka Scotch Bonnet, Capsicum chinense

11 ulasan:

  1. Dengar pun dah menyeramkan.. Huhuhu.. Ni kalau makan terus, mau duduk dalam tandas seminggu :)..

    Tuan, cili ni selalu dibuat jeruk untuk makan dengan mee goreng atau char kuey teow ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak dijeruk, siapa yang boleh makan, saya tabik spring. Kalau dibuat jeruk, oklah, kurang sikit pedasnya. Benih ini saya beli dari penjual benih di lot parking di pasar Chukai, Kemaman. Dia beli di Thailand, dalam tin kecil. Hari tu saya borong semua benih yang dia jual.

      Saya pernah tanam cili jepun, yang mempunyai bau tahap pedas setara. Kalau terkena kulit, terasa seperti kena api. Boleh dimakan bila dijeruk aja. Daripada bacaan saya, orang buat cecair spray yang dijual untuk mempertahankan diri. Tapi ada orang yang boleh makan.

      Padam
    2. Bak kata tuan la, kalau siapa yang boleh makan, memang la tersangat luar biasa orangnya.. Hehehe..

      Kalau bau pun dah tahap pedas, for sure makhluk perosak seperti Bena x berani nak dekat.. :)

      Padam
    3. Sempat balik kampung ye tuan :)

      Padam
    4. Balik kampung cuti hujung tahun lepas. Itu yang sempat tengok hasil cili tersebut. :)

      Bena kira ok lagi. Lalat putih memang tahan pedas. Ia bertelur dalam buah tersebut dan larva lalat putih gemar isi cili. Itulah sebabnya kalau buat spray makhluk perosak, jngan letakkan air cili, ia akan hanya menarik lebih banyak lagi lalat putih berkunjung.

      Padam
    5. Hehe..

      Owhh, lagi kita spray air cili lagi dia datang la eh.. Info yang menarik tuan :).. Terima kasih..

      Saya pernah beli spray organik.. Antara kandungannya ialah air cili.. Tu yang bila spray, hilang kejap je lalat putih (lari sebab takut air kot).. Lepas tu datang balik.. Huhuhu..

      Padam
    6. Tak usah kata lalat putih, kita pun kalau pergi kedai makan, kalau lauk pedas, berpeluh sekalipun, nanti datang lagi. :) Lalat putih, larva membesar dalam buah cili. Bila spray air lada, macam spray pewangilah.

      Padam
  2. rasanya ni macam habanero.... jalapeno dia kontot, berisi macam cili kampung tu....

    lagi satu jalapeno, kurang pedas... scoville unit dia sekitar 3000-8000.... sedangkan cili padi thai 50000-100 000... manakala habanero up to 500 000...

    ini ada sedikit link...(sumber benih luar)
    http://www.tradewindsfruitstore.com/servlet/the-2646/Habanero-Pepper%2C-Red--dsh-/Detail

    http://www.tradewindsfruitstore.com/servlet/the-324/Jalapeno-Pepper--dsh--Capsicum/Detail

    scoville unit....
    http://cayennepepper.info/Scoville-Ratings.gif

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ya, betul yang ini -- Cili Jepun, orang Kemaman panggil. Bentuk memang begini tapi bila ranum warna kuning. Saya tukar Tajuk posting ini ke "Kapsikum atau Habanero."
      Terima kasih zicron21ck.

      Padam
    2. sebelum ni memang selalu tengok cili2 ni kat laman web tu.... banyak benih yang di jual.... sayangnya risau nak beli... takut tak lepas dengan kastam...

      cili pedas2 macam ni, masuk sebiji dalam masakan kenduri tentu cukup pedasnya...hehehe

      Padam
    3. Dari pengalaman saya, biasanya kastam tak kacau. Saya dah beli bermacam produk dari luar melalui pos, setakat ini tiada masalah.

      Padam