Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 4 Mac 2012

Gambar Hari Ini -- Putik Bunga Petola Segi, Luffa acutangula

Alhamdulillah, pokok petola segi dah mula mengeluarkan bunga betina.  Satu ranting tumbuh hanya bunga betina dan satu ranting tumbuh hanya bunga jantan.  Harap-harap bunga jantan dan bunga betina mekar pada waktu yang sama supaya bunga betina dapat di debungakan.  Kalau melihatkan jumlah putik bunga betina, riang juga hati.  Apa tidaknya, banyak bunga betina berputik dan pokok ini hanya ditanam dalam pasu.

Bunga betina petola segi.


Sebenarnya saya ada dua jenis benih petola segi dalam simpanan.  Satu adalah baka OP dan boleh diperolehi melalui link ini.

http://www.tanamsendiri.com/2011/11/benih-untuk-dijual-petola-segi.html

Satu lagi adalah baka hibrida, Luffa M18, Black Jack.  Saya belum semai benih ini jadi belum tahu apa keistimewaannya.  Cuma, harganya amat mahal.  Walaupun ada dalam simpanan, tak berani saya letakkannya dalam blog.  Jika rakan-rakan berminat untuk dapatkannya, sila emel.  Harganya terlalu tinggi untuk hobbyist macam saya.  Saya hanya mampu beli sedikit sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan