Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 21 Mac 2012

Gambar Hari ini -- Kum Quat

Limau Kum Quat dah mula ranum.  Buah ini dijual di pasaraya dengan harga RM116 sekilo di tahun baru cina.  Tahun lepas harganya RM69 sekilo.  Mengapa terlalu mahal?  Saya pun tak tahu kenapa.  :)  Benih ini telah dipsesan oleh Puteri Purnama.  Masalah dengan buah Kum Quat, tidak semua buah ada benih.  :(

Buah Kum Quat

13 ulasan:

  1. Adakah ia mahal disebabkan kepercayaan masyarakat cina yang ianya boleh mendatangkan tuah? Atau mungkin disebabkan nilai perubatan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kurang pasti sebabnya. Yang saya tahu, daun serta buahnya menjadi ramuan ubat batuk. Kami rebus buahnya bersama gula. Bila nak minum, bancuh seperti teh. Soothing.

      Padam
  2. yang ni ditanam dengan biji benih ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, dah 4 tahun. Mula berbuah masa umur 3 tahun. Masih kecil, mungkin sebab tanam dalam pasu.

      Padam
  3. salam ceria tuan.
    wah..benih kum quat hanya 4 butir hari tu..sebutir tu rosak jadi kempis.Tinggal 3..saya semai dua..hidup tapi baru 3inci dari tanah daunnya baru 3 helai sebesar duit 5 sen..tak berani usik..hanya selalu siram dan periksa suhu demam ke tak pokok tu hehehe...sebutir lagi, simpan elok2..saja..kalau pokok tu tak jadi ..saya akan tanam lagi sebutir tu..
    Saya semai dalam pasu plastik kecil.Harap2 dia membesar..doakan ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, saya akan tambah lagi. Memang lambat sikit besar, tapi bila berbuah nanti, berbaloi.

      Padam
    2. Tu yang mahal buah ni.. Dari segi kadar percambahan benih pun agak rendah, mesti susah nak biakkan pokok Kum Quat ni..

      Dan setuju dengan saudara zicron21ck bila mana kuantiti yang dikeluarkan lebih rendah dari kuantiti permintaan.. Harga jadi melambung tinggi.. (Dah macam belajar Ekonomi pula.. Hehehe :))

      Padam
  4. Balasan
    1. Benih baru belum ada. Bila ada nanti akan dihebahkan melalui blog.

      Padam
  5. Buah ni mahal mungkin permintaan tinggi dan pengeluaran rendah....

    BalasPadam
  6. lambat berbuah tu mungkin pasal semai dengan benih, esok kalau dah besar, boleh tuan cuba tut pulak..selalunya org kata kalu tut ni dia cepat matang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kalau tut jauh lebih cepat matang berbanding dengan tanaman melalui biji.

      Padam